CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 0

[Kedah] Tindakan pantas kilang sarung tangan elak pencemaran

[Copy link]
Post time 22-5-2024 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan pantas kilang sarung tangan elak pencemaran


BERNAMA



TINDAKAN pencegahan segera diambil mengelak limpahan getah asli cecair yang bercampur bahan kimia ke alur air. FOTO Ihsan JAS.




Alor Setar: Tindakan pantas sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Sungai Petani berjaya menghalang tumpahan bahan mentah sekali gus dapat menghindarkan pencemaran alur air berhampiran premis berkenaan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima laporan daripada Orang Yang Berwibawa (OYB) dari kilang itu yang memaklumkan berlaku limpahan getah asli cecair bercampur bahan kimia ke dalam longkang kilang berkenaan pada 9 pagi.

"Tumpahan bahan mentah itu disebabkan kebocoran saluran bahan mentah ke kawasan memproses. Bagaimanapun, pihak kilang telah menjalankan kerja-kerja kawalan tumpahan serta pembersihan sebaik tumpahan dikesan dengan pemantauan OYB yang juga pekerja kilang yang terlatih dan berdaftar dengan JAS.

"JAS Kedah telah ke lokasi dan menjalankan pemantauan terhadap kerja-kerja pembersihan yang dilakukan. Kerja-kerja pembersihan selesai sepenuhnya pada 2.16 petang. Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang pencemaran berlaku kepada alur air di kawasan berhampiran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pembersihan itu disalurkan ke sistem pengolahan efluen premis berkenaan dan sebahagiannya dilupuskan sebagai buangan terjadual ke premis yang dilesenkan oleh JAS.

"JAS berpuas hati dengan tindakan OYB dan petugas kilang yang melaporkan kejadian itu serta mengambil tindakan segera bagi mencegah berlakunya pencemaran alam sekitar.

"Kita berharap OYB memainkan peranan dalam pengurusan operasi kilang serta membantu atau menasihatkan pihak premis dan industri dalam aspek kawalan pencemaran terutamanya mengenai pematuhan kendiri di premis sebagai langkah mengelakkan berlakunya pencemaran lebih serius," katanya.



Disiarkan pada: Mei 22, 2024 @ 7:29pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.168323 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list