View: 9561|Reply: 0
|
Garnacho, Mainoo ikut jejak Ronaldo
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/nacho26524a_1716685331.jpg)
Pemain Manchester United, Alejandro Garnacho (kanan) menggunakan kesempatan susulan kekeliruan antara pemain Manchester City, Josko Gvardiol (tengah) dan Stefan Ortega untuk meledak masuk gol pertama pada final Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, London malam tadi. – Foto AFP
LONDON: Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo muncul pemain remaja pertama sejak Cristiano Ronaldo pada 2004 untuk meraih kejayaan pada final Piala FA bersama Manchester United.
Dua pemain remaja Manchester United itu masing-masing menyumbat gol pada babak pertama final di Stadium Wembley malam tadi, membantu United mendahului 2-0 ketika rehat sebelum Red Devils akhirnya menang 2-1.
Ketika City bermula hebat, United tampil dengan perancangan tersendiri dengan Lisandro Martinez kembali dalam ksebelasan utama untuk beraksi di benteng pertahanan di samping Raphael Varane yang akan meninggalkan Old Trafford.
Garnacho membuka tirai jaringan selepas setengah jam susulan kekeliruan antara pertahanan City, Josko Gvardiol dan penjaga golnya Stefan Ortega, dengan Gvardiol menanduk melepasi Ortega untuk membolehkan penyerang itu menampan bola masuk.
Sembilan minit kemudian, Mainoo menambah gol kedua untuk menjarakkan kedudukan, mencetus kejutan di Wembley berikutan gerakan menakjubkan daripada Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Mainoo.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/nacho26524b_1716685333.jpg)
Pemain tengah Manchester United, Kobbie Mainoo meraikan gol kedua pasukannya ketika menentang Manchester City pada final Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, London malam tadi. – Foto AFP
Garnacho, 19, memecah rekod itu dengan gol pertama perlawanan, yang menyaksikannya muncul pemain remaja pertama menjaringkan gol pada final sejak Ronaldo pada 2004.
Ronaldo, yang turut berusia 19 tahun ketika itu, meledak gol menentang Millwall di Stadium Millenium, Cardiff sekali gus menyaksikan United menang 3-0 dengan Ruud van Nistelrooy menyumbang dua gol.
Sekalipun rekod itu mengambil masa 20 tahun untuk dipecahkan, ia kemudian hanya memerlukan sembilan minit sahaja untuk dilakukan lagi kali ini menerusi jaringan Mainoo, yang juga berusia 19 tahun.
Garnacho, yang beraksi 50 perlawanan buat United dalam semua pertandingan musim ini, berpeluang untuk menambah gol pada babak kedua namun Ortega menyelamatkan percubaannya berhampiran gol pada minit ke-69.
Dia menyumbat 10 gol dalam semua pertandingan, di samping lima umpanan gol manakala Mainoo, yang hanya mengetuk pintu skuad utama pada pertengahan musim, menjaringkan lima gol dalam 35 perlawanan.
Ronaldo meledak 117 gol ketika tempoh pertamanya dan 27 gol lagi apabila dia kembali kali kedua sebelum meninggalkan kelab itu untuk menyertai Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -ikut-jejak-ronaldo |
|
|
|
|
|
|
| |
|