CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6862|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bekas Pengerusi MPKK nafi terima rasuah RM10,000

[Copy link]
Post time 28-5-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode

BAHARUDDIN didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima suapan RM10,000. FOTO Azrul Edham

Seremban: Bekas Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan daripada seorang kontraktor berjumlah RM10,000 sebagai balasan bagi mendapatkan kerja pembaikan fasiliti, empat tahun lalu.

Tertuduh, Baharuddin Mian, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara rasuah menerima suapan, iaitu cek bank bernilai keseluruhan RM10,000 daripada lelaki iaitu seorang kontraktor.

Ia sebagai dorongan bagi tertuduh mendapatkan kerja pembaikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Surau Kampung Gelam serta kerja naik taraf Balai Raya Kampung Air Meleleh dan longkang Taman Bukit Tuan Sheikh masing-masing di Port Dickson.


Perbuatan itu dilakukan pada 7 dan 13 Oktober 2020 di sebuah cawangan bank di Port Dickson.

Justeru, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohammad menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan satu syarat tambahan.

Peguam Aswawi Ismail yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan wang jaminan paling minimum kerana warga emas itu kini hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan sekitar RM750 sebulan dan menanggung empat anak, isteri dan ibu yang sudah berusia.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat perlu melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan di Pejabat SPRM Port Dickson.

Sebutan semula bagi serahan dokumen pada 27 Jun depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rima-rasuah-rm10000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.071097 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list