CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11878|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sasar 235,000 pengunjung, 450 usahawan manfaat Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal

[Copy link]
Post time 31-5-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Sasar 235,000 pengunjung, 450 usahawan manfaat Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal


BERNAMA - Mei 31, 2024 @ 8:28pm



Jualan Agro MADANI. Foto hiasan BERNAMA




BUTTERWORTH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli, berkata enam PTK dipilih untuk diadakan karnival itu bermula dengan PTK Seberang Jaya, di sini sebagai lokasi pertama, diikuti PTK Chukai, Terengganu; PTK Chini Pekan, Pahang; PTK Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan; PTK Datin Halimah di Johor dan PTK Changlun di Kedah.

"Seiring dengan peranan FAMA dalam memperluaskan akses pasaran kepada pengguna, karnival ini dilihat bertepatan dalam membantu kerajaan untuk menangani kos sara hidup dengan memberi kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk agromakanan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna dan membantu usahawan dalam memasarkan produk agromakanan secara terus di outlet pemasaran FAMA.

"Objektif Karnival Agro MADANI @ptk adalah untuk mempromosikan produk agromakanan, industri makanan dan asas tani, sayur-sayuran, buan-buahan, bunga-bungaan dan ternakan kepada masyarakat setempat di samping mewujudkan rangkaian pemasaran produk agromakanan, seterusnya meningkatkan hasil pendapatan golongan sasar; usahawan, petani, penternak peruncit, pemborong dan pengeksport," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Agro MADANI @PTK Seberang Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi karnival itu, usahawan boleh meluaskan pasaran produk industri asas tani dan produk segar tempatan ke pasaran dalam dan luar negara melalui sesi pemadanan dan pengaturan perniagaan yang disediakan pihaknya.

Aminuddin berkata, FAMA sentiasa komited untuk memajukan sektor agromakanan negara meskipun berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran kerana menyedari bidang itu mempunyai potensi cerah jika diusahakan bersungguh-sungguh.

Justeru, beliau berharap dengan adanya penganjuran karnival seperti itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bukan saja pengguna tetapi juga usahawan dan pengeluar produk pertanian untuk memasarkan, mempromosi serta memperkenalkan produk mereka secara lebih meluas.

Sementara itu, beliau berkata, Karnival Agro MADANI @PTK Seberang Jaya yang berlangsung selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini menyasarkan RM500,000 nilai jualan usahawan dan dijangka menarik 30,000 pengunjung.

Program itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai produk pertanian dan industri asas tani pada harga berpatutan, selain memperoleh maklumat mengenai perkhidmatan disediakan oleh kerajaan secara lebih jelas, tambah beliau.

Pada majlis itu juga, beliau turut menyampaikan geran bantuan FAMA bernilai RM275,000 kepada 31 usahawan meliputi Geran Agropreneur Muda, Geran Change Upgrade Product (CUP), Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP), Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) dan Pertandingan New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) Explorace. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 1.227824 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list