CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7606|Reply: 0

Liverpool ‘tekan’ Villa lepas Watkins

[Copy link]
Post time 1-6-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

WATKINS dianggap calon penyerang terbaik untuk Liverpool selepas kegagalan dipamerkan Nunez. - AFP

LONDON – Aston Villa menjangkakan mereka bakal berdepan cabaran untuk mengekalkan penggempur utama, Ollie Watkins yang dilapor menjadi buruan pengurus baharu Liverpool, Arne Slot.

Liverpool dilaporkan meragui kemampuan Darwin Nunez apabila pemain itu gagal mencatatkan sebarang gol dalam sepuluh perlawanan terakhirnya sekali gus menjadikan Watkins sebagai calon pengganti yang sesuai.

Pemain antarabangsa England itu mencatat pencapaian terbaik dalam kariernya dengan meledak 27 gol dalam semua perlawanan musim ini, termasuk lapan gol semasa perjalanan Villa ke separuh akhir Liga Konferens Europa.

Walaupun baru-baru ini penyerang berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak jangka panjang di Villa Park yang akan berakhir pada 2028, namun Villa kini berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan khidmatnya.

Watkins mencetak 19 gol dalam Liga Perdana Inggeris apabila membantu Villa meraih tempat ke saingan Liga Juara-Juara berhasrat untuk membuktikan kebolehannya dalam perlawanan pemanas badan bersama Englan menentang Bosnia serta Iceland pada minggu depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... illa-lepas-watkins/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083642 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list