|

Antara penduduk yang hadir bagi soladariti melindungi Hutan Simpan Gunung Bongsu, Kulim semalam. FOTO Ihsan Teh Lean Ong
Alor Setar: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) akan memastikan aktiviti pembalakan di Gunung Bongsu, Kulim dekat sini, memberi kesan alam sekitar yang minimum kepada penduduk sekiranya dilaksanakan kelak.
Pada kenyataan, JPNK berkata, mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi Negeri Kedah (JKTHB) pada 14 Disember 2014 meluluskan permohonan pembangunan ladang hutan di Kompartmen 15, 42 dan 43 Hutan Simpan Gunung Bongsu seluas 500 hektar kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah.
Katanya, projek ladang hutan itu juga diluluskan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar pada 25 Jun 2021.
"Bagaimanapun, kawasan terbabit belum dijalankan kerja-kerja pembalakan bagi tujuan pembangunan ladang hutan dan masih dalam proses penyediaan Rancangan Pengurusan Ladang Hutan (RPLH).
"JPNK juga belum mengeluarkan lesen pembalakan bagi kawasan itu," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.
JPNK berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi teknikal lain bagi memantau kawasan kelulusan ini sekiranya ia dibangunkan kelak.
"Bagi memastikan impak alam sekitar yang minimum kepada penduduk, kawasan ini akan dijalankan pembalakan secara berfasa.
"Pemaju perlu menjalankan pembalakan fasa satu terlebih dahulu dan perlu menanam sepenuhnya di kawasan terbabit dengan spesies Ladang Hutan (Albiziafalcataria @ Batai) sebelum fasa berikutnya dibenarkan untuk dijalankan pembalakan," jelasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sa-di-gunung-bongsu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|