View: 4732|Reply: 0
|
Perez kekal bersama Red Bull sehingga 2026
[Copy link]
|
|
PEREZ gembira kerana terus diberi kepercayaan untuk kekal bersama Red Bull. -FOTO Reuters
London: Sergio Perez dari Mexico akan terus bersama Red Bull sehingga 2026 selepas menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun, umum juara Formula Satu itu.
Perez, 34, menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang rakan sepasukan yang juga juara dunia tiga kali, Max Verstappen musim lalu.
Ia adalah kejayaan kali pertama buat pasukan itu menamatkan kempen satu-dua - tetapi kini berada di tempat kelima selepas lapan perlumbaan.
Pengumuman yang dibuat menjelang Grand Prix Kanada di Montreal hujung minggu ini menutup spekulasi mengenai siapa yang akan bergandingan dengan Verstappen tahun depan.
Ia juga menamatkan harapan pelumba Australia Daniel Ricciardo untuk kembali ke pasukan utama selepas membuat kemunculan semula selain turut menutup pintu buat Carlos Sainz dari Ferrari yang sedang mencari pasukan baharu untuk 2025.
Perez, yang menyertai pasukan itu pada akhir tahun 2020, berkata berlumba untuk Red Bull adalah "cabaran yang tiada tandingannya" di dalam dan di luar trek.
"Saya sangat gembira meletakkan masa depan saya dengan pasukan hebat ini," kata 'Checo'.
"Saya gembira dapat kekal di sini, meneruskan perjalanan kami bersama-sama dan menyumbang kepada sejarah hebat pasukan ini selama dua tahun lagi.
"Menjadi sebahagian daripada pasukan adalah satu cabaran yang besar dan yang saya suka.
"Kami berdepan cabaran hebat tahun ini dan saya meletakkan kepercayaan penuh kepada seluruh pasukan melakar masa depan cerah di sini. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya."
Peraturan enjin Formula Satu akan berubah pada 2026 dengan Red Bull membina enjin mereka sendiri apabila memulakan perkongsian baharu dengan Ford.
Red Bull menikmati musim paling dominan dalam sejarah sukan itu tahun lalu apabila memenangi 21 daripada 22 perlumbaan dan Verstappen menang dalam 19 perlumbaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bull-sehingga-2026 |
|
|
|
|
|
|
| |
|