View: 7744|Reply: 0
|
Euro 2024: Portugal laung amaran awal
[Copy link]
|
|
FERNANDES menampilkan kualiti terbaiknya apabila meledak dua gol menewaskan Finland awal pagi semalam. - AFP
LISBON – Bintang Manchester United, Bruno Fernandes mencuri perhatian apabila meledak dua gol untuk membantu Portugal menang 4-2 ke atas Finland pada aksi persahabatan di Estadio Jose Alvalade awal pagi semalam.
Keputusan itu meletakkan skuad kendalian Roberto Martinez berada pada landasan tepat sebelum menghadapi perlawanan sebenar Euro 2024 yang menyaksikan Portugal bersaing dalam Kumpulan F bersama Turkiye, Georgia dan Republik Czech.
“Ketika kedudukan 3-0, fokus kami cukup jelas, namun selepas itu ia hilang hingga memberikan dua gol buat Finland dan pastinya elemen itu perlu diperbaiki. Bagusnya ia berlaku ketika perlawanan persahabatan dan ia membolehkan kami baiki apa saja kelemahan pasukan.
“Sekarang kami perlu bekerja keras lagi sebelum hadapi perlawanan pertama Euro 2024 di mana semua pemain mempunyai peranan berbeza. Diogo Jota bekerja dengan baik, begitu juga Pedro Neto
“Kami mahu membanggakan rakyat Portugal. Pasukan kami cukup istimewa kerana kami sentiasa mahu berada pada tahap terbaik dan ia adalah disebabkan kami berhak berada di kedudukan itu,” kata Martinez.
Dua lagi jaringan Portugal dihasilkan oleh Ruben Dias dan Diogo Jota, manakala Teemu Pukki meledak kedua-dua gol buat Finland dalam aksi persahabatan itu.
Selepas ini, Portugal dijadualkan menentang Croatia (9 Jun) dan Ireland (12 Jun) dalam dua aksi pemanas badan terakhir dan Martinez menganggap dua perlawanan itu sebagai detik penting buatnya untuk menilai kualiti sebenar para pemainnya.
“TIga perlawanan persahabatan ini membolehkan kami melakukan eksperimen sekali gus membolehkan kami hadir ke Euro 2024 pada tahap terbaik,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... -laung-amaran-awal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|