CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2804|Reply: 0

Jun Hao layak dianggap ‘giant killer’

[Copy link]
Post time 6-6-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

JUN HAO sedang meniti status sebagai 'pembunuh gergasi' selepas dia berjaya menumbangkan Cristie dan Tien-chen dalam dua pusingan awal Terbuka Indonesia.

PETALING JAYA – Pemain perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao meneruskan magisnya di Terbuka Indonesia apabila kali ini berjaya menumbangkan jaguh Taiwan, Chou Tien-chen di pusingan kedua hari ini.

Ini adalah kejayaan manis kedua berturut-turut buat pemain No.32 dunia itu selepas mencipta sensasi menewaskan jaguh tuan rumah di ranking ketiga dunia yang juga juara All England tahun ini, Jonatan Christie 21-13, 16-21, 21-12 di pusingan pertama semalam.

Kecemerlangan tersebut diteruskan pada pusingan kedua hari ini apabila Jun Hao, 24, menang ke 21-18, 13-21, 21-17 ke atas Tien-chen yang tidak memberikan laluan mudah apabila kedua-dua pemain terpaksa berentap selama satu jam tujuh minit pada aksi di Istora Senayan Gelora Bung Karno itu.

Bagaimanapun, Jun Hao dijadualkan berdepan satu lagi lawan sukar apabila bertemu pemain No.6 dunia dari China, Li Shifeng di suku akhir esok.

Shifeng mara selepas mudah menewaskan pemain Perancis, Christo Popov 21-11, 21-13 dalam satu lagi aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... nggap-giant-killer/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036926 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list