CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Harimau Malaya perlu ‘ratah’ Taiwan

[Copy link]
Post time 8-6-2024 11:06 AM | Show all posts |Read mode

HARIMAU Malaya masih mempunyai peluang untuk meneruskan kemaraan selepas mengikat Kyrgyzstan awal pagi semalam. - FB FAM

SKUAD Harimau Malaya memerlukan keajaiban dalam usaha untuk melakar sejarah untuk mara ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 apabila ‘wajib’ melakar kemenangan besar ke atas Taiwan pada Selasa depan.

Pandangan tersebut disuarakan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon selepas menyaksikan anak-anak buahnya menyalakan sedikit peluang apabila melakar keputusan seri 1-1 bertemu Kyrgyzstan awal pagi semalam.

Menurut Pan-gon, sekarang bukanlah masa untuk mengibarkan bendera putih dengan menyerah kalah, tetapi menyeru agar Harimau Malaya menggunakan peluang dengan meraih keputusan positif pada aksi terakhir nanti.

Kata Pan-gon, defisit lapan gol diperlukan untuk merampas kedudukan No. 2 kumpulan daripada Kyrgyzstan dan ia bukan mustahil kerana Harimau Malaya mempunyai pengalaman menewaskan Papua New Guinea 10-0 di gelanggang sendiri.

“Kami sedar anda (Kyrgyzstan) mempunyai kelebihan besar, mungkin lapan (gol). Tapi, kami mungkin boleh jaringkan lebih lapan gol dalam perlawanan seterusnya, di tempat sendiri, kami juga ada kelebihan.

“Pasukan anda bolos empat gol (menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil). Jadi saya percaya kami boleh buat sesuatu, kami akan berjuang hingga penghujung.

“Kami mahu lanjutkan perjuangan hingga ke perlawanan seterusnya di tempat sendiri. Kami mahu buat sesuatu, jika kami jaringkan lebih tujuh gol dan anda tewas 0-2 (kepada Oman), kami akan layak,” katanya selepas perlawanan.

Selain wajib melakar kemenangan, Malaysia turut mengharapkan simpati Oman untuk menewaskan Kyrgyzstan pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan D, Selasa depan.

Pada perlawanan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek itu, skuad tuan rumah yang menduduki ranking ke-100 dunia itu berjaya meraih gol awal hasil jaringan Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24.

Tersentak dengan gol tersebut, barisan pemain negara memperkemaskan jentera serangan dan meraih gol penyamaan pada minit ke-38 hasil jaringan sendiri Odilzhon Abdurakhmanov selepas tertanduk bola berpunca dari sepakan percuma Endrick Dos Santos.

Mengulas mengenai perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui pasukannya telah bermain dengan baik meskipun lebih banyak bertahan pada penghujung perlawanan.

“Kami mencipta banyak peluang, saya fikir Kyrgyzstan bernasib baik, jaringan mereka terkena tangan.

“Secara peribadi, kami anggap ini adalah perlawanan yang sukar di tempat lawan tetapi terima kasih kepada penyokong yang sanggup datang menyokong kami,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... perlu-ratah-taiwan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.043899 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list