View: 161|Reply: 0
|
Euro 2024: Southgate singkir dua bintang England
[Copy link]
|
|
GREALISH antara nama besar yang gagal menembusi skuad England untuk berdepan kempen Euro kali ini. - AFP
LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate mengakui sukar untuk membuat keputusan menyingkirkan tujuh pemain berpengaruh dengan menghantar 26 senarai rasmi ke kejohanan Euro 2024 yang akan membuka tirai pada 15 Jun depan.
Sebagai rekod, Southgate membuat keputusan untuk ‘membuang’ beberapa nama besar seperti Jack Grealish dan Harry Maguire selain James Maddison, James Trafford, Jarrad Brainthwaite, Curtis Jones dan Jarrel Quansah.
Menurut Southgate, penyingkiran Grealish adalah yang paling sukar untuk dilakukan berbanding pemain-pemain lain, tetapi percaya ia adalah keputusan yang wajar untuk dibuat berdasarkan prestasi semasa bintang Manchester City itu.
“Semua pemain menerima berita yang kami sampaikan dengan tangan terbuka meskipun jauh di sudut hati mereka kecewa kerana rasa layak untuk berada menjadi sebahagian daripada pasukan pada kempen Euro akan datang.
“Namun, saya percaya pemain-pemain ini memiliki mentaliti juara dan akan terus berjuang untuk memastikan mereka dapat dipanggil semula dalam skuad kebangsaan pada jendela antarabangsa akan datang.
“Mengenai Grealish, saya rasakan posisinya di bahagian serangan sudah dipenuhi dengan kehadiran ramai pemain berbakat yang mempamerkan prestasi lebih konsisten sepanjang musim lepas,” katanya.
Sebagai rekod, Grealish berjaya membantu The Citizens menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas tetapi gagal memberikan impak yang diharapkan apabila jarang diturunkan selain dibelenggu kecederaan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ua-bintang-england/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|