CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4933|Reply: 0

Harimau Malaya perlu ‘all out attack’

[Copy link]
Post time 10-6-2024 11:07 AM | Show all posts |Read mode

TIADA yang mustahil buat skuad negara untuk melakar kemenangan dengan lebih lapan jaringan ke atas Taiwan dalam aksi terakhir malam esok.

BARISAN pemain Harimau Malaya wajar menjadikan ‘misi mustahil’ ketua jurulatih, Kim Pan-gon sebagai pembakar semangat menjelang aksi terakhir Kumpulan D menentang Taiwan di ­Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Sebagai rekod, Pan-gon sebelum ini meluahkan rasa optimis untuk menyaksikan pasukan negara meledak lapan gol bagi mencerahkan peluang lolos ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 nanti.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, apa yang Pan-gon katakan itu tidak salah, sebaliknya ia memberi keyakinan tambahan buat barisan pemain bahawa tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.

“Kita boleh dengar bagaimana komen Pan-gon selepas tamat aksi bertemu Kyrgyzstan bahawa dia yakin kita boleh menjaringkan lapan gol. Pada saya, kita perlu ambil positif kerana itu keyakinannya terhadap pemain.

“Sebagai seorang jurulatih, pasti dia dapat menilai kekuatan serta kelemahan pemain kerana sudah lama bersama pasukan.

“Apa yang penting kita percaya sahaja dengan percaturan Pan-gon meskipun sedar ini adalah tugasan berat buat pasukan (la­yak ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026),” katanya.

Sementara itu, Azlan juga berpendapat salah satu cara untuk memastikan pasukan dapat me­lakar kemenangan besar adalah menggunakan taktik ‘all out attack’ (serang habis-habisan) daripada awal perlawanan.

“Apa yang saya boleh nampak adalah kita cuba untuk meramaikan pemain di posisi serangan. Pemain tengah dan pertahanan juga boleh bantu untuk berada di posisi serangan andai berkesempatan.

“Situasi ini kerana dalam bola sepak moden sesiapa sahaja boleh menjaringkan gol asalkan pemain dapat menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

“Cuma, dalam masa sama kita perlu waspada kerana pemain Taiwan juga ada ‘kaki’ dan boleh menghukum sekiranya kita alpa nanti,” katanya lagi.

Skuad negara ketika ini menduduki tangga ketiga Kumpulan D dan berharap dapat memintas kedudukan Kyrgyzstan untuk muncul naib juara sekali gus mara ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026.

Pan-gon meluahkan keyakinan terhadap anak-anak buah­nya untuk mengulangi pencapaian cemerlang apabila pernah menewaskan Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan tahun lalu.

Bagaimanapun, pada pertemuan awal peringkat Kumpulan D di Taipei pada November lepas, skuad negara hanya mampu menewaskan Taiwan 1-0.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... rlu-all-out-attack/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.204562 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list