CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 1

[Terengganu] Pemandu lori ditahan dipercayai seleweng diesel subsidi

[Copy link]
Post time 10-6-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode

Anggota KPDN Cawangan Dungun memeriksa diesel selepas menahan seorang pemandu lori dipercayai tebabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi. - Foto ihsan KPDN

DUNGUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Dungun berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak dekat Paka, semalam.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, serbuan itu dilakukan lima anggota KPDN kira-kira jam 9.40 malam.

Katanya, ketika serbuan, pihaknya menahan seorang pemandu lori yang sedang mengisi minyak diesel ke dalam tong plastik yang ditempatkan di bahagian belakang lori berkenaan.

"Kita mendapat maklumat bahawa pemandu lori itu sering membeli minyak diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak sekitar Kerteh dan Paka.


"Minyak diesel itu kemudiannya akan diisi di dalam tong-tong plastik berkapasiti 25 liter yang dipercayai digunakan untuk pengoperasian jentera berat bagi kerja-kerja mengorek pasir," katanya.

Saharuddin berkata, pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan lori terbabit menemui tujuh tong plastik berisi minyak diesel anggaran 140 liter.

"Sebuah lori bersama empat unit pam air serta beberapa dokumen berkaitan yang ditemui di lokasi kejadian telah disita untuk siasatan lanjut.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM98,371 dan pemandu lori warga tempatan berusia lingkungan 40an ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau menjelaskan, pihaknya membuka satu kertas siasatan dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu/syarikat yang terbabit dalam aktiviti itu serta rantaian pengedaran minyak diesel berkenaan.

"Kita memberi amaran keras dan akan bertindak tegas tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket dan aktiviti haram ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... weng-diesel-subsidi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit haram jd darah daging. Tak berkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 70159 Replies : 651
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 39995 Replies : 173
Terkedu, sugul selepas makamah arah dibicarakan. Bekas isteri berhijrah ke Australia {14 Oktober sebutan kes}
maklukpenggodaTerkedu, sugul selepas makamah arah dibi
Views : 54041 Replies : 1634
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 50975 Replies : 53
JoyahMengayah
Views : 206228 Replies : 293
Parit.Hilton
Views : 41473 Replies : 32
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 28516 Replies : 67
Pemimpin GISBH akhirnya mengaku
maklukpenggodaPemimpin GISBH akhirnya mengaku
Views : 8875 Replies : 3
Gambar terbaharu Kate curi perhatian
maklukpenggodaGambar terbaharu Kate curi perhatian
Views : 34546 Replies : 8
Fitnah, Wan Fayshal disaman
maklukpenggodaFitnah, Wan Fayshal disaman
Views : 4572 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.083270 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list