View: 4742|Reply: 0
|
Mana lagi 'ekor Harimau Malaya'?
[Copy link]
|
|
Skuad Harimau Malaya memerlukan sokongan penyokong ketika menentang Taiwan malam ini.
KUALA LUMPUR: Penjualan tiket bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini dilihat kurang memberangsangkan.
Setakat jam 12 tengah hari tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasmi badan induk itu memaklumkan 9,856 tiket sudah terjual.
Jumlah itu boleh dikatakan masih sedikit jika dibandingkan dengan kapasiti stadium yang mampu memuatkan lebih 80,000 penonton.
Terdapat kemungkinan perlawanan berlangsung pada hari bekerja menjadi antara faktor penyokong berkira-kira atau sukar untuk menyaksikan perlawanan di stadium.
Bagaimanapun, masih ada masa untuk jumlah jualan tiket itu terus meningkat dengan aksi berkenaan akan berlangsung jam 9 malam ini.
Skuad negara juga amat mengharapkan sokongan padu daripada penyokong yang turut digelar ekor Harimau Malaya dalam usaha merealisasikan impian meraih kemenangan besar ke atas Taiwan.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam sidang media, semalam memohon 'bantuan' daripada penyokong untuk membanjiri Stadium Nasional bagi menaikkan moral pemain yang berdepan situasi getir untuk melepasi kelayakan Kumpulan D.
Harimau Malaya memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya lapan gol serta mengharapkan Oman menewaskan Kyrgyzstan di Muscat untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan meraih tiket awal ke Piala Asia 2027.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ekor-harimau-malaya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|