View: 4720|Reply: 0
|
Pan-gon akui berdepan tekanan luar jangka
[Copy link]
|
|
PAN-GON (kanan) mengemudi sesi latihan terakhir sebelum skuad Harimau Malaya berdepan Taiwan, malam ini. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui berhadapan tekanan luar jangka sepanjang tempoh mengendali skuad kebangsaan.
Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata, situasi terbabit adalah 'harga' yang perlu dibayar jika mahu memastikan skuad Harimau Malaya memperoleh keputusan positif dalam setiap perlawanan penting.
Katanya, tekanan atau cabaran tidak boleh lari apabila memegang jawatan utama itu berdasarkan kepada harapan tinggi diletakkan banyak pihak terutama penyokong yang mahu melihat bola sepak Malaysia berada di tahap terbaik.
Malah, Pan-gon menyifatkan barisan kejurulatihan dan pemain Harimau Malaya sudah memberikan yang terbaik termasuk meraih keputusan positif di laman sendiri dan layak ke Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama selepas lebih empat dekad.
"Tekanan ini adalah biasa, saya fikir kami memberikan banyak perkara yang bagus (buat Harimau Malaya). Kami mengubah falsafah dan membentuk karakter pasukan kebangsaan.
"Namun ini realiti di Malaysia, saya bersedia untuk itu. Sebagai jurulatih asing, saya fikir perkara itu sebagai perkara biasa dan ia bukan masalah besar.
"Apa sahaja situasi kami akan berjuang. Kami tidak akan pernah menyerah kalah, tidak akan melihat ke bawah, kami tidak pernah takut dan saya tidak pernah takut.
"Kami mempunyai semangat di sini, saya juga ada semangat di sini. Jika kami tidak boleh capai (kejayaan), kami tetap akan terus bergerak ke hadapan," katanya.
Pan-gon berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai cabaran terpaksa diharunginya dalam membimbing pasukan kebangsaan Malaysia sebagai jurulatih asing.
Mengikut rekod, Pan-gon yang mula membimbing Harimau Malaya pada awal 2022 berjaya melakukan perubahan terutama dari segi corak permainan hingga layak ke Piala Asia 2023 secara merit.
Mengikat Korea Selatan 3-3 menjadi memori terbaik skuad negara di pentas Piala Asia 2023 di Qatar dan Pan-gon pernah membawa Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 sebelum tewas kepada juara bertahan, Thailand.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tekanan-luar-jangka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|