View: 1675|Reply: 3
|
Riena Diana ada ciri wanita idaman Keith Foo - "Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula”
[Copy link]
|
|
Isnin lalu, pelakon Riena Diana dan Keith Foo berkongsikan mereka kini menjalin hubungan istimewa sejak terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.
Riena turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cinta yang baru berputik itu kekal selamanya.
Riena mendedahkan dia sudah bertemu dengan anak aktor itu serta keluarganya. Katanya lagi, mereka baru saja berkenalan serta meminta mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Dalam pada itu, Keith berkata Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan kedua mereka seolah tidak percaya dengan apa yang dilalui.
“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini. Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.
“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan. Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula,” katanya.
SUMBER: Harian Metro/Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
I tak kenal perempuan ini. Tapi dorang ini nampak sweet lah. Gap umur pun cantik lelaki and perempuan. Nampak secocok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|