View: 2512|Reply: 11
|
Makin berani! Etnik Rohingnya bercucuk tanam di atas tanah kerajaan
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Sekumpulan etnik Rohingnya dikesan menjadikan tanah kosong milik kerajaan di Taman Jujur, Sikamat di sini sebagai lokasi bercucuk tanam pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran untuk keperluan sara hidup mereka.
Kegiatan etnik tersebut yang tinggal di kawasan berdekatan dipercayai dilakukan tanpa keizinan pihak berkuasa dan menyalahi undang-undang.
Tinjauan mendapati antara sayuran yang ditanam di tanah seluas lebih kurang setengah ekar (0.2 hektar) itu ialah cili, terung bulat, pisang dan kunyit.
Lebih berani, mereka turut memasang alat penyembur tanaman yang dipasang di bawah tanah bagi mengaburi pihak berkuasa, bagaimanapun punca sambungan air alat itu masih belum dapat dikesan daripada mana.
Hasil daripada aduan orang awam, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah melakukan operasi bagi membersihkan kawasan berkenaan daripada sebarang tanaman pagi tadi
Timbalan Pentadbir Tanah Seremban, Isnizawati Muhammad Khairudin berkata, pihaknya mengesahkan tanah berkenaan diwartakan sebagai kawasan lapang di bawah kawalan kerajaan negeri.
“Berdasarkan rondaan berkala daripada aduan yang diterima menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, kami sahkan berlaku pencerobohan.
“Susulan mesyuarat tergempar, kami dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), polis dan Pusat Khidmat Dun Sikamat melakukan pembersihan hari ini,” katanya ketika ditemui di Taman Jujur, Sikamat di sini.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa berani....klu tak de makanan xkan nak mencuri pulak. patut mereka nie UNCHR yg tanggung sbb gatal tangan campur urusan negara |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 13-6-2024 04:32 PM
Bye bye rohingya.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 13-6-2024 04:34 PM
terpaksa berani....klu tak de makanan xkan nak mencuri pulak. patut mereka nie UNCHR yg tanggung sbb ...
Unhcr lepas tangan. Dasar scammer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Puak diarg mmg le berani. Ingat nak dtg sini mudah2 je ke. Tu sbb diarg blh je buat mcm2 tak perlu endah local. Masalahnya camno saluran air blh dibekalkan pd diarg mudah2. Kena cari gak yg terlibat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kau punya staf satu pejabat tak keluar2 opis ke, sampai orang viral baru tahu apa yang berlaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tanam apa? Kalau tanam sayur biar ja lah.
ada lebih boleh jual.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 bercucuk tanam, pastu claim tanah sendiri. kemudian pegi terrorize penduduk sekitar. Tak lama pastu jd tanah jajahan. Playbook zionist sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 tanam sayur. Lepas tu buat jadi kampung halaman. |
|
|
|
|
|
|
|
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
|
|
|
|
|
|
|
|
kat paroi ada sekeluarga rohingya hari2 melepak tepi jalan utama. kereta bertali arus, dia biar je anak kecik cinonet main situ. kalo tak duduk kat simpang tepi golf paroi, dia pi duduk kat area kedai. dr pagi sampai petang situ la baring tido siap makcik pernah ternampak buat unggun api memasak. kalau terbakar belukar situ, satu hal pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|