CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3408|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Program solo Joohari bermula selepas Aidiladha

[Copy link]
Post time 14-6-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Program solo Joohari bermula selepas Aidiladha

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

14 Jun 2024 11:23am








Joohari




NIBONG TEBAL - Calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin akan memulakan program secara solo dalam mendekati pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas Hari Raya Aidiladha nanti.

Sumber terdekat berkata, buat ketika ini, Joohari hanya menyertai program pemimpin negeri lain antaranya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang diadakan di DUN berkenaan.



"Joohari belum ada program sendiri dan beliau kini hanya menyertai program Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri I sahaja dulu.

"Selepas Hari Raya Haji, baru beliau akan bergerak sendiri untuk mendekati pengundi. Buat masa ini, beliau ikut dulu program pemimpin lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut sumber itu lagi, pasukan khas bilik gerakan utama akan menyusun program untuk Joohari sepanjang tempoh berkempen nanti.

"Buat masa ini, beliau akan cuba mendekati pengundi bersama pemimpin lain.

"Apabila sudah ada program sendiri nanti yang akan disusun oleh bilik gerakan utama, baru beliau bergerak sendiri," tambahnya lagi.

Joohari merupakan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Kerajaan Perpaduan untuk bertanding di DUN Sungai Bakap.




Pengumuman pemilihan Joohari itu dibuat oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihan Raya Kerajaan Perpaduan, Rafizi Ramli pada Malam Pengumuman Calon Perpaduan PRK Sungai Bakap di Simpang Ampat di sini pada malam Rabu.

Joohari adalah bekas guru berusia 60 tahun dan anak jati Sungai Bakap.

Beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara di Jitra, Kedah sejak April 2018 hingga 1 September 2023.

Beliau sebelum itu mula bertugas di institusi tersebut sebagai pensyarah pada 2006.

Kerusi Sungai Bakap dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Nor Zamri meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya selepas dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi perut.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada pilihan raya negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.957223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list