CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4805|Reply: 5

‘Saya Nampak Tenang Tapi Dalam Hati Tuhan Yang Tahu’ – Shila Amzah Nasihat Jangan ‘Denial’ Kalau Anak Ada Simptom Autism

[Copy link]
Post time 27-6-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode






Penyanyi Shila Amzah menasihati ibu bapa agar pergi berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya melihat anak mereka mempunyai simptom austism.


Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah akui menerima banyak soalan daripada warga maya yang bertanya mengenai keadaan anaknya, Seth Uwais selepas didiagnos autism.






"Terima kasih kepada semua yang mengajukan soalan kepada saya. Apa yang saya boleh tolong, saya akan jawab tapi korang kena ingat juga yang anak saya baru sahaja didiagnos semalam (Selasa)."


"Kalau ada soalan lain, saya sarankan korang untuk terus berjumpa dengan doktor kanak-kanak di swasta atau kerajaan termasuk klinik kesihatan."


Dalam pada itu, anak kepada penyanyi ND Lala ini menasihati ibu bapa agar tidak menyembunyikan keadaan kesihatan anak kepada doktor untuk memudahkan pakar perubatan untuk diagnosis penyakit yang dihidap mereka.


"Bila doktor tanya, ibu bapa kena beri jawapan yang jujur tentang simptom dan ciri-ciri autism yang anak-anak korang ada supaya mereka boleh buat pemeriksaan"


"Kalau ibu bapa yang dah nampak ciri-ciri autism dekat anak, korang boleh cari dekat Internet tentang pendedahan mengenai autism. Dari situ korang boleh tahu, jangan menafikan dan terus pergi bawa ke pusat perubatan. Bila dah dapat keputusan, korang akan tahu apa yang perlu dilakukan."


Dalam pada itu, Shila meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan orang ramai.


"Saya mungkin kelihatan tennag tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Tapi ini tanggungjawab saya dan suami, Ubai sebagai ibu bapa. Kami berdua kena menjadi kuat untuk anak-anak."


Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.


Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.


Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.


Sumber: Instagram Shila Amzah/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah. Kesiannya. Seumur hidup kena dijaga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik sbb shila tak in denial..ada yg tanda2 tersgt2 obvious pun masih in denial..sedih
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 05:29 PM | Show all posts
Ada je cubaan dia
semoga allah permudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 06:17 PM | Show all posts
Takpe Xila...masih ada harapan...at least dia verbal. Moga dipermudahkan segalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mild je kan. InsyaAllah cerdik orgnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.383646 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list