CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11553|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerajaan sedia peruntukan tambahan RM200 juta untuk TVET

[Copy link]
Post time 6-7-2024 07:05 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LANGAT: Kerajaan Persekutuan menyediakan RM200 juta sebagai peruntukan tambahan bagi memperhebat usaha menarik penyertaan golongan belia dalam bidang TVET.


Peruntukan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ini bagi membiayai pelajar-pelajar dalam bidang EV, keselamatan cyber, kecerdasan buatan, bahan termaju, mekanisasi ladang, automasi pertanian dan penternakan.


Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga memberi peluang kepada institusi TVET mewujudkan lebih banyak segmen khususnya kepada masyarakat golongan orang kurang upaya (OKU), Orang Asli serta orang asal di Sabah dan Sarawak.


“Saya hargai usaha dan inisiatif Majlis TVET Negara di bawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kerjasama empat Kementerian utama dalam menerajui dasar dan program terkait bidang ini.


“Saya percaya bidang TVET di negara ini dapat diangkat dan digembleng dalam sektor pembelajaran bermula di peringkat sekolah sehinggalah institusi pendidikan yang lebih tinggi.


“Saya juga mahukan industri TVET negara melakukan anjakan segera seiring peruntukan besar yang disediakan dan tumpuan khusus yang diberikan kerajaan terhadap pendidikan TVET,” kata Anwar.


Anwar berkata demikian, di majlis sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian, Kuala Langat, Selangor.

Dalam majlis sama, Anwar turut menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Kerjasama (MOC) di antara Kerajaan dengan enam (6) GLC dan syarikat swasta berkaitan latihan iaitu Advance Retro Solution Sdn Bhd, Robert Bosch Sdn Bhd, SIRIM Bhd, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, UEM Group Berhad dan UOA Development Berhad.


“Selain itu saya juga menyaksikan tiga lagi sesi pertukaran Memorandum Kerjasama (MOC) di antara Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) dengan UniKL, GITC dengan FANUC (MIT Automation) dan GITC dengan Boomslang Technology Sdn Bhd.


“Skop kerjasama di antara Kerajaan dan GITC dengan GLC dan syarikat swasta ini merangkumi sumbangan dan perkongsian kemudahan serta peralatan, pembangunan kokurikulum dan bahan latihan sumbangan khidmat kepakaran dan pembangunan kompetensi tenaga pengajar dan pembiayaan program Latihan,” ujar beliau.


Menurut Anwar, pemeterai MoC ini berkonsepkan payung kerjasama untuk terus menjadi penghubung yang dapat dimanfaatkan oleh institusi TVET di Malaysia merentasi 12 Kementerian berkaitan TVET dalam membuka ruang kerjasama yang lebih erat bersama pihak industri.


“Insya-Allah, saya akan berusaha dalam memastikan segala usaha Kerajaan MADANI serta semua pihak dalam menjayakan dasar, projek, program dan inisiatif berkaitan TVET ini dapat terus diperhebat dan saya juga berharap lebih banyak usahasama dari pihak swasta dari dalam dan dari luar negara dapat bersama dalam jalur ini demi anak-anak dan generasi penerus di Malaysia,’ jelas Anwar.

sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032139 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list