CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58401|Reply: 0

[Johor] 2 kapal berlanggar di Tanjung Balau, operasi Carilamat diaktifkan

[Copy link]
Post time 20-7-2024 07:36 AM | Show all posts |Read mode

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) susulan insiden perlanggaran kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1, awal pagi tadi. FOTO Ihsan Maritim Malaysia


Kota Tinggi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) susulan insiden perlanggaran kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim, berkata insiden perlanggaran dua kapal itu berlaku di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada jam 6.55 pagi tadi.

Saiful Lizan berkata, susulan insiden itu, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini, bagi mengkoordinasikan pencarian.

"Maritime Rescue Sub Center (MRSC) mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot PERKASA 29, bot PETIR 12 dari Maritim Malaysia sementara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah menggerakkan KD GEMPITA ke lokasi kejadian.

"Bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 turut digerakkan ke lokasi kejadian untuk tindakan CARILAMAT kedua-dua kapal berkenaan

"Aset Maritim Malaysia, bot PERKASA 29 tiba di lokasi insiden pada jam 9.50 pagi tadi dan sudah menemui kedua-dua kapal berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Saiful Lizan berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut sudah dimaklumkan mengenai insiden itu untuk tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

"Pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran," katanya.

Saiful Lizan turut memaklumkan sidang media insiden berkenaan dijangka diadakan di Tanjung Sedili, esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039590 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list