CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60985|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Rezeki lipat sampul surat

[Copy link]
Post time 20-7-2024 07:46 AM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN, 19 Julai -- Sekumpulan individu orang kurang upaya (OKU) mengambil inisiatif mencari rezeki dengan mengambil upah melipat sampul surat di Bengkel Seri Sembilan di sini.


Seremban: Tidak mengharapkan bantuan kerajaan dan orang ramai semata-mata, sekumpulan individu orang kurang upaya (OKU) mengambil inisiatif mencari rezeki dengan mengambil upah melipat sampul surat di Bengkel Seri Sembilan di sini.

Sikap mereka tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang wajar dijadikan penyuntik semangat kepada masyarakat untuk berusaha menambah pendapatan dengan apa jua pekerjaan.

Siti Amisyahida Norazni, 29, yang merupakan OKU kategori masalah pembelajaran berkata bengkel berkenaan sangat membantu dan memberi peluang kepada golongan sepertinya membuktikan kemampuan untuk mencari pendapatan sendiri.

"Sebelum ini saya kerja di Bengkel Daya membuat pastri di Klang, Selangor, tapi saya mahu dekat dengan keluarga, sebab itu saya pilih untuk kerja di sini, waktu kerja 8 pagi hingga 5 petang, ayah saya akan hantar dan ambil, Alhamdulillah banyak membantu saya cari rezeki tanpa bergantung kepada orang tua.

"Gaji di sini diperoleh mengikut hasil kerja, banyak lipat banyak gajinya, biasanya saya lipat surat dalam dua kotak, ada yang 500 keping sampul ada 250 keping, tak menentu, boleh dapat RM500 hingga RM800 sebulan," katanya yang berasal dari Lukut.

Aqil Nazhan Rahman, 30, pula berkata, dia sebelum ini melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU (PLPP) Bangi sebelum pegawai di pusat itu mencadangkan kepadanya untuk bekerja di bengkel tersebut.

"Mula-mula saya tak mahu, tapi mak ayah suruh, jadi saya cuba, lama-kelamaan saya rasa seronok kerja di sini, sudah sembilan tahun, lagi pun kalau kerja di tempat lain mungkin saya tak dapat sesuaikan diri atas kekurangan saya ini," katanya yang juga OKU pembelajaran itu.

Aqil Nazhan yang menetap di Senawang berkata, dia mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 1,000 keping sampul surat sehari dan memperoleh sekitar RM800 ke RM1,000 sebulan.

Pengurus bengkel, Harunarrsheed Mohd Ibrahim berkata, terdapat empat kategori golongan OKU yang bekerja di bengkel itu termasuk masalah anggota, pembelajaran, pekak dan bisu serta mempunyai masalah mental tahap ringan yang berusia antara 20 hingga 70 tahun.

Beliau berkata, mereka akan diberi latihan percubaan oleh penyelia terlatih selama tiga bulan sebelum memulakan tugas bergantung kepada keupayaan dengan penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya.

"Kita dapat kontrak daripada Kementerian Kewangan sediakan sampul surat pelbagai saiz untuk agensi kerajaan di beberapa negeri.

"Bengkel ini boleh menghasilkan sehingga sejuta sampul surat sebulan dengan hasil kira-kira RM100,000.

"Terdapat seramai 50 pekerja yang terdiri daripada 40 lelaki dan 10 wanita OKU di sini," katanya dengan menambah bengkel itu telah melatih hampir 600 OKU.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain penghasilan sampul surat, bengkel tersebut turut menggajikan OKU untuk kerja pembersihan, pertanian, ternakan dan jahitan kepada mereka yang tidak mempunyai kemahiran melipat sampul surat dengan baik.

"Ada yang tak reti lipat walaupun dah diajar banyak kali, jadi kita bagi mereka menanam cili dan sawi, dan mesin rumput, kita bayar RM10 ke RM36 sehari, hasil tanaman itu dijual secara kecil-kecilan dan juga untuk makan di sini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 12:44 PM | Show all posts
"Pengurus bengkel, Harunarrsheed Mohd Ibrahim berkata, terdapat empat kategori golongan OKU yang bekerja di bengkel itu termasuk masalah anggota, pembelajaran, pekak dan bisu serta mempunyai masalah mental tahap ringan yang berusia antara 20 hingga 70 tahun."

Tahniah kepada bengkel ini yang memberi peluang kepada golongan OKU tersebut. Tentu mereka gembira ada pendapatan sendiri.
Semoga murah rezeki untuk boss dan semua pekerja. Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068231 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list