CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39873|Reply: 0

[Sarawak] Bas awam pintar percuma dilancar Oktober

[Copy link]
Post time 25-7-2024 03:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-7-2024 07:09 PM

14 bas baharu dijangka tiba pada September untuk pemeriksaan, pentauliahan menjelang pelancaran



Lee (duduk tengah) bersama tetamu jemputan dan para peserta bengkel MUTAP yang berlangsung di Miri, hari ini.

“Perkhidmatan bas awam percuma ini merupakan bas 55 tempat duduk yang diimport dari Sweden, yang mana syarikat bas akan menjana wang dan kita (kerajaan) membayar mereka untuk perkhidmatan bas percuma ini.”

Dato Sri Lee Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak
Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sarawak akan melancarkan projek perintis perkhidmatan bas awam pintar percuma pada Oktober nanti, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, kumpulan 14 bas baharu yang diimport dari Sweden itu dijangka tiba pada September untuk tujuan pemeriksaan dan pentauliahan menjelang pelancaran itu kelak seperti yang diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini pada Februari lalu.

Pada masa ini perkhidmatan bas awam mengenakan caj tiket RM1 seorang.

“Perkhidmatan bas awam percuma ini merupakan bas 55 tempat duduk yang diimport dari Sweden, yang mana syarikat bas akan menjana wang dan kita (kerajaan) membayar mereka untuk perkhidmatan bas percuma ini.

“Bas awam pintar akan diberi keutamaan laluan dan tidak perlu menunggu lampu isyarat bertukar hijau dan sistem akan mengesan ia datang dari jarak tertentu,” katanya.

Beliau memberitahu, Aplikasi Bas Pintar yang diperkenalkan kelak akan memudahkan orang ramai dan pelancong menyemak jadual bas manakala sistem lampu isyarat akan memastikan laluan lancar kerana pengesanan bas pintar yang akan datang sebelum ini bagi memastikan mereka tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Lee memberitahu perkara itu semasa berucap merasmikan bengkel Pelan Tindakan Pengangkutan Bandar Miri (MUTAP) yang melibatkan agensi dan pihak berkepentingan dalam aspek pengangkutan di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah menyediakan perkhidmatan bas percuma itu akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, meringankan beban kewangan kumpulan B40 dan meningkatkan tarikan pelancong.

"Pada masa yang sama, kita menghapuskan token tambang bas RM1, sekali gus menghapuskan kos pentadbiran berkaitan yang ditanggung oleh syarikat bas," ujarnya.

Susulan aduan orang ramai Lee berkata, projek menukar bas lama kepada bas pintar baharu itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, dengan mengguna pakai konsep sistem Autonomous Rapid Transit (ART) di Kuching.

Lee berkata, menggabungkan laluan lancar untuk bas pintar ini di persimpangan lampu isyarat akan menghasilkan jadual tepat pada masa dan kecekapan ini boleh menarik lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam di kawasan bandar.

Sementara itu, mengenai bengkel MUTAP Lee berkata, ia bertujuan membangunkan penyelesaian yang boleh diambil tindakan bagi sistem pengangkutan mampan di sini dengan strategi untuk meningkatkan sistem pengangkutan bandar sehingga 2035.

Dalam perkembangan berasingan, Lee berkata Sarawak perlu mewujudkan lorong basikal, pejalan kaki dan bas khusus dalam pembangunan bandar, selain daripada menetapkan kawasan parkir kenderaan tertentu berhampiran stesen bas.

“Ini akan menggalakkan orang ramai memilih pengangkutan awam jarak jauh yang cekap dan murah yang akan membantu mengurangkan pelepasan karbon di Miri dan bandar utama yang lain.

“Pada masa ini, orang ramai tidak digalakkan untuk berbasikal dan berjalan kaki kerana kekurangan laluan berbasikal dan laluan pejalan kaki berbumbung di pekan dan bandar di sini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 121193 Replies : 3405
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27247 Replies : 23
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21394 Replies : 42
Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?
YgBenarRamai antara pesakit diebetes yang mengi
Views : 3128 Replies : 6
Miss Universe Malaysia 2024
fadz84Miss Universe Malaysia 2024
Views : 49040 Replies : 167
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39628 Replies : 618
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97409 Replies : 5163
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 28772 Replies : 3
CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,kesan boikot
YgBenarCEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,ke
Views : 42775 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56084 Replies : 508

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.037231 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list