CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32143|Reply: 0

[Sabah] 308 waris bantah bongkar kubur di Kampung Rahman Semporna

[Copy link]
Post time 25-7-2024 11:57 PM | Show all posts |Read mode


BANTAH: Semua ahli waris membuat bantahan secara aman di tapak perkuburan berkenaan.

SEMPORNA: Seramai 308 orang menandatangani memorandum bantahan terhadap pembongkaran atau pengalihan kubur di tanah perkuburan Kampung Rahman Semporna, di sini.

Semua ahli waris berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu yang mahu membongkar dan mengalihkan kubur keluarga mereka untuk tujuan pembangunan.

Rata-rata mereka mahu kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) campur tangan serta membantu menangani masalah berkenaan.

Salah seorang waris, Yusof Pg. Abd Kasim berkata, semua waris telah menandatangani memorandum bantahan kerana tidak bersetuju dengan tindakan pihak yang mahu membongkar kubur di kawasan ini.

Katanya, semua ahli waris juga tidak diberikan makluman awal berkaitan usaha pihak tertentu yang mahu membuat pembangunan di tapak perkuburan ini.

“Kubur yang ada di tapak berkenaan adalah milik warganegara Malaysia bukannya pendatang tanpa izin (PTI) dan ia sudah wujud berpuluh tahun lamanya.

“Justeru, kami mahu kerajaan negeri dan pihak berkuasa mencari kaedah penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu ini,” katanya.

Menurutnya, semua ahli waris merayu agar kubur yang sedia ada dan didakwa telah melepasi sempadan dapat dikekalkan tanpa dibongkar.

“Sebelum ini tanah berkenaan tiada diletakkan larangan dijadikan tapak perkuburan dan ia juga sudah berlaku sekian lama.

“Kami memohon supaya isu tanah yang sudah dijadikan tapak perkuburan keluarga waris dapat diwakafkan dengan segera,” katanya.

Yusof berkata, semua waris bukan mahu menghalang pembangunan yang dibuat di daerah ini, tetapi untuk kes ini ia sudah dijadikan tapak perkuburan sekian lama.

“Saya berharap pihak yang mahu memajukan tapak tanah perkuburan sedia ada ini dapat menjaga sensitiviti waris-waris yang ada,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.036618 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list