CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17949|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak secara prinsip setuju kerjasama dengan UEM bangun projek solar di Baram

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari merakamkan kenangan semasa menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan UEM, Planet QEOS dan Khazanah Nasional Berhad di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak secara prinsip bersetuju untuk bekerjasama dengan Kumpulan UEM dalam membangunkan projek solar 500 megawatt berskala besar di kawasan Baram.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), perkara itu disuarakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan UEM, Planet QEOS dan Khazanah Nasional Berhad di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Pengerusi Kumpulan UEM Datuk Amran Hafiz Affifudin berkata, buat masa ini satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan bagi melihat kesesuaian projek tersebut.

“Projek ini mengenai pembangunan 500 megawatt solar berskala besar di daerah Baram.

“Kita berasa projek ini akan menjadi satu ‘needle mover’ dan secara keseluruhannya amat baik untuk semua pemegang taruh di Sarawak dan juga Malaysia amnya.

“Premier Sarawak amat menyokong secara prinsip, namun begitu mana-mana projek tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan yang akan kami jalankan dengan segera,” katanya ditemui pemberita selepas kunjungan hormat tersebut di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Abang Johari turut mencadangkan supaya mereka cepat kembali untuk menyatakan keputusan kajian tersebut dan pihaknya akan menyegerakan perkara berkenaan.

Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) Datu Lester Mathew.

Selain itu, Pengerusi Eksekutif Planet QEOS Dino Bidari, Pengarah (Pelaburan) Khazanah Nasional Berhad Mohd Firdaus Hisham, Ketua Pegawai Eksekutif Planet QEOS Dr Gabriel Walter, Ketua Pegawai Operasi Planet QEOS Lam Poh Lian, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif UEM Lestra Berhad, Harman Faiz Habib Muhamad dan Ketua Pembangunan Perniagaan UEM Lestra Berhad Noor Hafifi Jalal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.175410 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list