CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11025|Reply: 0

Zamarul pelik masih digoda peminat

[Copy link]
Post time 27-7-2024 01:57 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Aktor Zamarul Hisham, 53, pelik apabila masih menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peminat wanita, meskipun mengetahui dirinya sudah berkeluarga.

Bagaimanapun, Zamarul berkata, dia mengambil sikap mengabaikan mesej langsung yang dirasakan tidak perlu.

Biarpun tiga dekad berada dalam industri seni, namun Zamarul tetap menganggap perlakuan berkenaan sebagai pelik, sedangkan peminat tahu statusnya.

"Saya memang dapat banyak mesej, tapi tak suka balas. Sampaikan mesej berkaitan kerja pun saya tak perasaan.

"Isteri, Diana Rafar yang selalu balaskan mesej membabitkan kerja. Antara kami memang tiada rahsia, dia tahu kata laluan telefon bimbit dan akaun bank saya. Jadi, dia tahu mesej yang saya terima daripada peminat.

"Ketika mula berlakon dulu, biasalah kena mengurat, tetapi tak sangka pada usia sekarang masih wujud godaan. Sebagai selebriti, tak boleh lari daripada semua ini, namun ia berbalik kepada niat sendiri juga," katanya kepada BH Online.

Zamarul berkata, dia seorang yang ligat sebelum bergelar pelakon, tetapi bersyukur Allah pelihara daripada terjebak perkara bukan-bukan.

"Sebelum menjadi pelakon, saya mengaku seorang 'playboy'. Saya bawa motosikal jenis RXZ waktu itu, jadi ramailah wanita yang nak menghimpit.

"Namun, saya mula tersedar ada yang tak kena dan kena jaga perangai kerana orang sudah mulai kenal bila bergelar pelakon.

"Pada waktu sama, saya anggap Allah nak selamatkan saya daripada terus hanyut," katanya ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai cinta lokasi, Zamarul mengakui perkara itu memang wujud dalam industri, tak kira tempatan mahupun antarabangsa.

Katanya, kebanyakan berlaku antara pelakon yang sudah berkahwin dengan masih bujang, tetapi itu bergantung kepada individu itu sendiri.

"Masing-masing ada pemikiran sendiri, jadi ia sebenarnya terpulang kepada diri sendiri macam mana nak elakkan terjebak cinta lokasi," katanya.

Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Diana Rafar pada 2009. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun.

Zamarul juga memiliki dua cahaya mata lelaki, hasil perkahwinan terdahulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.393797 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list