CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16807|Reply: 4

Gagal selamatkan rumah tangga, perceraian jalan terakhir - Harith

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:01 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pelakon Harith Iskander, 58, mengaku dia dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim, 41, sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga dibina selama 14 tahun, namun gagal.

Mengulas lanjut, Harith berkata, dia terpaksa akur jodoh antara mereka tidak panjang.

"Sudah lama kami berusaha selamatkan rumah tangga. Bukan saya sahaja, malah, Jezamine juga berusaha.

"Kami sudah lakukan segala-galanya (usaha) dan perpisahan adalah jalan terakhir.

"Perkahwinan mana yang tiada masalah. Kalau anggap masalah sebagai sebab perceraian tak bagus juga.

"Setiap hubungan ada masalah berbeza, seberapa besar masalah akan membawa kepada keburukan," katanya ditemui selepas prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Meskipun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun pelakon filem Buli Balik dan Cuci itu berkata, dia dan bekas isteri tetap berkawan baik demi anak-anak.

Bahkan, kata Harith, Dr Jezamine masih kekal menjadi pengurus kerjaya seninya.

"Kami sudah sampai ke tahap ini dengan cara yang baik, masih lagi berkawan demi kebaikan anak-anak.

"Perkara ini semua berjalan dengan lancar dan kami sudah tiba pada satu tahap sudah bersetuju dalam semua aspek untuk perceraian ini.

"Kami akan teruskan pekerjaan seperti biasa. Kami ada syarikat yang perlu diuruskan.

"Hanya dari segi hubungan sahaja kami bukan lagi suami isteri, tetapi hubungan sebagai kawan dan rakan perniagaan masih baik," kongsi Harith.

Ditanya apakah perasaan anak-anak dengan keputusan berpisah, Harith berkata, mereka sudah mula memahaminya.

"Kami sudah beritahu dan buka ruang kepada mereka untuk bertanya apa sahaja.

"Bagi saya. anak-anak okay. Kami akan pastikan tiada apa yang akan mengganggu mereka dari segi sosial," kata Harith lagi.

Mengenai dakwaan berlaku curang berikutan pendedahannya pernah membuat khilaf, Harith berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

"Seperti yang sudah dijelaskan dalam video sebelum ini, jadi tak perlu nak dibangkitkan lagi," ujarnya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan rujuk semula, Harith menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Ilahi.

"Itu semua di tangan Allah dan tiada siapa yang boleh kata segala-galanya akan terjadi esok.

"Sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok saya akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah," ungkap Harith

Terdahulu, rumah tangga Harith dan Dr Jezamine yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada jam 12.05 tengah hari tadi.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan punca perceraian disebabkan tiada persefahaman dan mereka juga masih menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak.

Sebelum ini. kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas Dr Jezamine memfailkan cerai pada 24 Jun lalu.

Susulan itu, Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Can someone share apa kaitan nadira isaac dgn harith ya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 04:23 PM | Show all posts
tgk jantan ni pun dah tahu muka berlagak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 04:42 PM | Show all posts
cinta dah pudar la tu...
lepasni mesti dr jezamine tu kawin lain pulok...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mirandanicky1 replied at 28-7-2024 03:58 PM
Can someone share apa kaitan nadira isaac dgn harith ya?

Kt tiktok ramai komen mentioned nm minah ni jgk kt bwh artikel penceraian harith & jezamine.Bila tgk tiktok dia ,iols curious perempuan tulen atau tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067130 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list