CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34162|Reply: 9

Ambil masa 6 bulan kembali bangkit, Mawar Rashid pernah fikir hilangkan diri selepas cerai

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:18 AM | Show all posts |Read mode


PELAKON Mawar Rashid memberitahu hatinya pernah terdetik untuk menghilangkan diri dari dunia seni ketika berdepan dengan kemelut rumah tangga sebelum ini.

Kata Mawar atau Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid, 30, idea tersebut timbul kerana mahukan ruang bersendirian selepas mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Raf Yaakob pada November tahun lalu.

"Jujur saya katakan saya pernah terfikir untuk hilangkan diri dari industri hiburan dan media sosial. Ketika itu saya perlukan masa untuk diri sendiri sahaja.

"Banyak faktor mendorong saya berfikir ke arah itu. Apa yang saya lalui adalah tentang kehidupan peribadi, jadi saya perlu rehat. Tambah pula dengan tekanan di media sosila.

"Saya juga mahu menjaga kesihatan mental. Sebab itulah terfikir untuk hilangkan diri. Saya ambil masa untuk bangkit semula," katanya kepada mStar.

Mawar berkongsi perkarq itu ketika ditemui ketika di majlis tayangan trailer serta OST filem terbaharu lakonannya berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis.

Bukan mudah melalui fasa hidup baharu bergelar ibu tunggal, menurut Mawar dia mengambil masa hampir enam bulan untuk betul-betul mendapatkan semual kekuatan diri.

Tambahnya anak-anak juga menjadi semangat untuk dia bangkit dan kembali meneruskan kerjaya dalam dunia seni.

"Berlakon adalah punca rezeki saya dan saya ada anak-anak. Saya juga mulakan kerjaya sebagai pelakon, jadi sebab itu saya teruskan dalam bidang seni ini.

    Saya juga mahu menjaga kesihatan mental. Sebab itulah terfikir untuk hilangkan diri
    MAWAR RASHID
    PELAKON

"Hampir enam bulan juga saya lebih banyak fokus kepada diri sendiri dan anak-anak. Dalam tempoh itu saya banyak buat aktiviti luar dan dekatkan diri dengan alam.

"Saya banyak dekatkan diri dengan orang-orang yang membuatkan saya tenang," ujarnya.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Sementara itu bercakap tentang filem lakonannya, ini merupakan penampilan pertama Mawar selepas lebih dua tahun berehat.

Biarpun berat untuk memulakan kembali, namun kru produksi adalah antara yang memberi keyakinan untuk dia membawakan watak Mona dengan baik.

"Ketika tawaran filem ini datang saya masih dalam masa untuk sesuaikan diri bergelar ibu tunggal. Apabila menghadiri kelas lakonan saya sedar bahawa saya belum sedia sepenuhnya.

"Namun rakan-rakan di lokasi banyak memberi sokongan. Saya sudah ambil tawaran ini dan ia menjadi tanggungjawab untuk diselesaikan," jelasnnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 03:51 AM | Show all posts
Macam Syamimia pulak dia kat gambar atas tu dengan ribbonnya

Kamon MekWa, kembalikan zaman gemilang MekWa tahun 2012-2014 dulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 27-7-2024 03:51 AM
Macam Syamimia pulak dia kat gambar atas tu dengan ribbonnya

Kamon MekWa, kembalikan zaman gemilang ...

Kan... Lps dia kawen trus malap...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg hebat si mawar ni selain kes gst?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh mmg jelas nmpk pnykit gila dia tu kan. Apa la punca smpai tup2 gila. Laki buat apa kedia selama ni dia teruk cmni.. apa benda dia ni sbnrya. Bipolar mcm JN ke apa. Ingtkn nk attention jeeee sbb previous porumer spill dia ni sbrnya stres lepas buat teteK bg beso ujung2 belon kt tek going wrong. Meletup sebelah kot. Last2 murung.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 27-7-2024 10:52 AM
Eh mmg jelas nmpk pnykit gila dia tu kan. Apa la punca smpai tup2 gila. Laki buat apa kedia selama n ...

Ye ke, baru kita orang tahu

We want more
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2024 03:47 PM | Show all posts
Mamaperdana replied at 27-7-2024 07:24 AM
Kan... Lps dia kawen trus malap...

Aura bekas laki dia terlalu malap

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr cite sheols stress sbb tek letopp sbelahhh, betui ke weh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk pelik muka dia nih.. Dgn make up mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 27-7-2024 10:52 AM
Eh mmg jelas nmpk pnykit gila dia tu kan. Apa la punca smpai tup2 gila. Laki buat apa kedia selama n ...

Laaa ye ke? No wonder la, scaryyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040571 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list