|
ANAK keempat kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Yusoff Al-Qardawi ditahan di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Khamis akibat demam panas.
Isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida, 39, memberitahu mereka mengambil keputusan membawa Yusoff ke hospital kerana bimbang suhu badan anak lelakinya itu naik secara mendadak sehingga menggigil satu badan.
"Pukul 3 pagi mama (panggilan Shahida) panik Yusoff menggigil teruk.
"Terus bergegas pukul 4 pagi tadi bawa Yusoff ke hospital. Suhu badan dia naik mendadak. Risau mama dibuatnya," katanya.
Shahida berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Khamis.
Dalam pada itu, Shahida memberitahu anak keempatnya itu jarang sakit malah menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang yang lincah.
"Yusoff ni jarang kena demam. Budak tak reti duduk diam, kan.
"Doakan Yusoff Cepat sembut dan sihat seperti biasa. Risau mama kalau Yusoff macam ni," ujarnya.
Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al-Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim
|
|