|
KUALA LUMPUR: Penyanyi MK K-Clique berkongsi perkembangan isteri, Siti Hajaar yang dilihat berbadan dua melalui klip video di Instagram (IG), hari ini.
Tidak mengesahkan mengenai kehamilan isteri, tindakan MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan mencium perut isteri yang tampak sarat hamil seolah-olah mengesahkan perkara itu.
Menerusi video yang dikongsi, isteri MK seolah-olah sedang menanti hari untuk bersalin.
MK dalam perkongsian itu turut memanjatkan rasa syukur atas nikmat yang diperoleh.
"Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah untuk semua nikmat nikmat mu ya Allah," tulisnya ringkas.
Menariknya lagi, MK memberitahu perkongsian itu dibuat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28, hari ini.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersykur dan mengucapkan tahniah atas kehamilan pertama isterinya.
"Comel 'baby bump'. Perutnya besar macam bayi kembar.
"Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan segala urusan bakal ibu bapa kesayangan kami ini," tulis netizen.
MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.
|
|