CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 0

Babak nasi kangkang, Dayang Areeda mohon penonton ambil pengajaran

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:31 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Menerima tempias kecaman gara-gara melakukan babak amalan sihir nasi kangkang, pelakon, Dayang Areeda memohon peminat dan penonton mengambil pengajaran daripada lakonannya dalam naskhah berjudul Terjerat.

Menurut Dayang, drama yang ditayangkan di saluran iQIYI itu tentunya bukan sekadar paparan dan kritikan sosial semata tetapi mempunyai mesej penting yang perlu dititik beratkan oleh penonton.

“Babak ini tidak dibuat secara suka-suka tapi ada pengajaran yang boleh diambil. Amalan khurafat seperti ini bukanya rekaan tapi memang ia terjadi dan dilakukan di kalangan masyarakat kita.

“Bagi saya, kita kena mengambil pengajaran dan kesedaran mengenai hal-hal seperti ini yang masih wujud dalam dunia serba canggih hari ini,” katanya.

Dayang berkata demikian bagi mengulas mengenai video yang memaparkan sedutan babak lakonannya cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan nasi kangkang menerusi drama Original iQIYI itu yang telah
mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang tular di aplikasi X, aksi Dayang yang memegang watak sebagai Shasha menyebabkan ramai penonton tidak sabar menantikan tayangan episod akhir drama itu bermula hari ini dan esok.

Menerusi video itu, jelas kelihatan Dayang menghayati wataknya apabila sanggup melakonkan babak nasi kangkang dengan penuh kebencian dan dendam.

Selain itu, Dayang berkata, babak yang dilakonkan itu merupakan kali pertama dijayakannya.

Pada masa yang sama, Dayang juga mengakui risau dengan pandangan orang ramai dengan aksi lakonnya menerusi drama tersebut.

“Mula-mula agak susah sebab saya tak tahu mcm mana nak buat babak itu tapi selepas dibantu oleh pengarah dan barisan pelakon saya cuba buat dengan sehabis baik.

“Jujurnya memang agak malu, tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terus terang saya tak takut nak buat babak ini kerana ia hanya lakonan.

“Cuma saya risau pandangan masyarakat apabila melihat saya melakukan babak itu. Tambah pula sekarang ini ramai yang suka mengecam,” katanya.

Untuk rekod, babak nasi kangkang yang dilakonkan Dayang meraih lebih 380,000 tontonan di aplikasi X dan ratusan komen.

Terjerat yang membariskan pelakon Aliff Aziz, Ruhainies dan Fendy Bakry bakal melabuhkan tirainya pada minggu ini.

Drama Original iQIYI berdurasi 12 episod arahan Azmi Hatta itu mengisahkan Nadia (lakonan Ruhainies) yang dibayangi krisis hutang suaminya, Izham (lakonan Fendy Bakry) yang parah akibat judi.

Nadia dijadikan taruhan oleh pemiutang suaminya. Tanpa diduga, Nadia bertemu Faliq (lakonan Aliff Aziz) yang terperangkap dahulu darinya.

Semakin hari berlalu, ikatan platonik mereka semakin mendalam seterusnya menjadi hubungan cinta yang terlarang.

Masing-masing punya pasangan hidup justeru, keadaan memaksa mereka untuk memilih antara kesetiaan kepada pasangan mereka ataupun berserah pada takdir sehingga terjerat dalam satu permainan percintaan yang terlarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.213867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list