CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 0

Pierre Andre 'tenang' tiada telefon bimbit, akaun media sosial

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Pengarah dan pelakon, Pierre Andre, 39, mengakui dirinya berasa sangat tenang dengan ketiadaan telefon bimbit, termasuk akaun media sosial yang kini menjadi 'keperluan utama' setiap orang.

Pierre atau nama sebenarnya, Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre berkata, segala urusan kerja dan keluarga boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertindak sebagai pengurus.

"Saya dah lama tak ada telefon (bimbit) sendiri sebab lebih tenang dan kurang rasa tekanan. Begitu juga, apa saja akaun media sosial pun saya tak ada.

"Memang lama juga dah tak ada telefon ni. Dulu, saya pernah merajuk sampai tak balik rumah dan bila nak hubungi keluarga, terpaksalah guna telefon awam di tepi jalan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Pierre yang ditemui pada majlis tayangan trailer dan OST filem Jangan Pandang Belakang 2 baru-baru ini, dia sangat mengutamakan ketenangan buat diri sendiri dan itu dirasainya tanpa penggunakan telefon.

"Kalau saya nak tengok isu-isu semasa pun, biasanya tengok daripada telefon isteri saja. Memang saya ambil tahu segala perkembangan yang berlaku, cuma tidak meletakkan diri di media sosial.

"Saya lebih suka merendah diri sebab pengurus saya pun adalah isteri sendiri. Cukup memudahkan pengurusan kerja dan hubungi saja dia (isteri) untuk cari atau dapatkan saya," katanya.

Mengulas juga 'penyepian' selama 10 tahun dirinya daripada radar industri hiburan, Pierre berkata, dia kini sudah terbiasa menjalani kehidupan seperti orang lain yang bebas ke mana-mana tanpa dikenali ramai.

"Saya pun sekarang banyak beri tumpuan kepada perniagaan pakaian yang diusahakan. Dari seorang yang hanya tahu mengenai filem sebelum ini, saya berubah mengenali kain sebab saya dan isteri ada perniagaan menjual pakaian.

"Selain itu, saya juga mempunyai saluran YouTube sendiri. Jadi, itulah yang saya lakukan sepanjang 10 tahun ini, termasuk memberi fokus membesarkan dua orang cahaya mata," katanya.

Terdahulu, Pierre mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Hidayah pada Jun 2013 dan mereka mempunyai dua anak iaitu Aishah Andre, 8, dan Zehra Andre kini berusia 2 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.182779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list