CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1771|Reply: 0

Wani Kayrie enggan terburu-buru

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Penyanyi Wani Kayrie enggan terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang selepas rakan baiknya juga penyanyi Sarah Suhairi mendirikan rumah tangga, semalam.

Wani ketika ditemui berkata, dia memiliki komitmen dan tanggungjawab yang besar buat keluarganya waktu ini.

"Sudah tentu saya pun ada keinginan untuk berkahwin, lebih-lebih lagi melihat rakan yang seusia dengan saya sudah berkahwin.

"Bagi saya itu pilihan masing-masing. Cuma saya enggan terburu-buru ke arah itu. Lagipun saya sedar ada komitmen yang tinggi terutama untuk keluarga dan diri saya. Kadangkala sabar itu lebih indah," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Wani, keluarganya juga tidak menggalakkan dia berkahwin pada usia muda memandangkan dia mempunyai komitmen terhadap adik-beradiknya yang lain.

"Sebagai anak sulung saya pun ada tanggungjawab untuk adik-adik saya. Lagipun saya belum bersedia untuk tinggalkan mereka lagi," katanya.

Dalam pada itu, Wani menafikan sedang menyulam bahagia dengan Afieq Shazwan selepas acap kali digosipkan bercinta sebelum ini.

"Mana ada kembali bersama. Kami memang rapat sejak terbabit dalam program Big Stage.

"Sebelum ini pun kami tak pernah mengaku bercinta atau apa-apa sebab kami lebih selesa sebagai kawan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.113262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list