CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3285|Reply: 0

Ringgo bersama Fotograf baru

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Pemain dram kumpulan Fotograf, Ringgo mendedahkan pernah berhasrat meninggalkan bidang muzik selepas kematian penyanyi utama mereka, Allahyarham Shamrin pada 2010.

Ringgo atau nama sebenarnya, Sham Ahmad, 59, berkata, pada masa sama, anggota Fotograf lain juga sudah tidak aktif bermain muzik kerana masing-masing mempunyai komitmen sendiri.

"Pemergian Shamrin memang buatkan semangat saya pudar untuk teruskan perjalanan dalam industri muzik tanah air. Rasa macam tak seronok nak teruskan lagi.

"Anggota Fotograf lain pun dah tak aktif lagi. Jadi, impian untuk buat band memang dah tiada. Tapi tak dinafikan dalam masa sama, saya terima banyak pertanyaan dan permintaan supaya menghidupkan Fotograf kembali.

"Malah ada juga yang hantar video lagu-lagu Fotograf yang dinyanyikan semula," katanya pada sesi memperkenalkan anggota baru Fotograf di Sine Tone Studio, di sini.

Ringgo berkata, minatnya dalam muzik tetap ada menerusi pembabitan sebagai pemuzik undangan untuk kumpulan lain.

"Pada hujung 2013, Zam (anggota Fotograf terkini) hubungi saya ajak buat konsert mini Fotograf bersama beberapa kumpulan lain.

"Saya jawab Fotograf dah tiada lagi. Namun, selepas berbual lanjut dengan Zam, saya suruh dia cari anggota lain dan uruskan sesi uji bakat penyanyi. Kami panggil semua yang hantar video nyanyian untuk diuji bakat," katanya.

Ringgo berkata, selain Zam sebagai pemain bass, dia merekrut dua anggota baru iaitu Fad (penyanyi) dan Toin (gitar). y

Katanya, mereka kini dikenali dengan nama baru iaitu Fotograf New Era bagi menghormati anggota asal Fotograf.

Menurutnya, mereka akan merancang pelbagai aktiviti untuk kembali aktif selepas ini termasuk menghasilkan single terbaru.

Selain Ringgo dan Shamrin, Fotograf yang ditubuhkan pada 1988 dianggotai oleh Shahrul (gitar) dan Amran (bass).

Mereka popular dengan lagu seperti Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Di Alam Fana Cinta, Ke Pintu Kasihmu dan banyak lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.043201 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list