CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3654|Reply: 0

Perkasa program ilmu

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode




SEMPENA meraikan ulang tahun ke-14, TV AlHijrah bertekad untuk memperkukuhkan lagi kandungan sedia ada dengan memberi nafas baharu.

Langkah ini diambil untuk memastikan setiap program terus relevan dan menarik minat penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.

Antara program yang terus menjadi tunjang utama adalah Assalamualaikum, Berita AlHijrah, Cinta Ilmu, Analisis, Quran@114 dan banyak lagi.

Kesemua program-program ini akan diberi sentuhan baharu dari segi pengisian dan penyampaian untuk memastikan ia terus segar dan sesuai dengan perkembangan semasa.

Menurut Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek, dalam usaha memperkukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen Islamik terunggul di Malaysia, TV AlHijrah akan terus komited menyediakan kandungan berkualiti kepada penonton setianya.

"Kami amat berbesar hati dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada penonton selama ini. Dengan usaha memperkukuhkan kandungan dan memberi nafas baharu kepada program-program kami, kami yakin dapat terus memenuhi keperluan dan ekspektasi penonton.

"Kami juga gembira dengan sambutan positif terhadap aplikasi AlHijrah Plus yang sudah dimuat turun oleh lebih 150,000 pengguna aktif sejak diperkenalkan pada tahun 2021.

"Jumlah ini menandakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan sekali gus mencerminkan minat dan sokongan kuat daripada penonton setia TV AlHijrah," katanya.

Dalam pada itu, pada sambutan kali ini TV AlHijrah lari daripada kebiasaan sambutan ulang tahunnya apabila tampil dengan program tanggungjawab sosial dengan menyantuni empat pertubuhan menerusi program Hijrah Prihatin Kisah Mereka baru-baru ini.



Sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah dan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

Tidak terkecuali Kelab Met Harian Metro pula menerima sumbangan berupa 30 bakul makanan yang merangkumi barangan asas dan keperluan harian kepada beberapa kategori kakitangan yang layak.

"Selalunya kami yang menerima hadiah atau kek sempena tahun ulang tahun, tapi tahun ini kami ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

"Kami percaya inisiatif seperti ini lebih dekat dengan masyarakat.Kami sudah mengadakan pelbagai program sambutan, jadi kali ini kita cuba lari daripada kebiasaan. Kita perlu berkongsi program yang selalu dibuat tapi tak nampak di televisyen yang mana ia sangat signifikan dengan TV AlHijrah," katanya.

Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.

Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.148189 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list