|
PETALING JAYA – Kini hamil anak pertama, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan dirinya dalam fasa mengidam untuk makan roti canai.
Bukan semata-mata ingin menikmati makanan popular itu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, sebaliknya mahu melihat sendiri proses roti canai itu disediakan.
“Semalam saya teringin nak makan roti canai tapi saya nak tengok ‘anney’ tu buat dan tebar roti depan saya.
“Kami ke kedai mamak berdekatan dengan rumah. Suami saya minta ‘anney’ itu tebar roti depan saya dan dia kata boleh.
“Itulah drama orang mengandung ni kita tak sangka, yang bukan-bukan je,” katanya menerusi hantaran video dalam TikTok.
Dalam masa sama, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut berkongsi berat badannya kini semakin meningkat.
“Berat badan saya dah naik sampai lima kilogram, baju semua sudah tidak muat, jadi kena beli baju baharu sikit-sikit,” kongsinya.
Sebelum ini, Intan mengumumkan hamil zuriat sulung selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga menerusi sebuah hantaran Instagram.
Intan dan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah di Johor.
|
|