View: 31852|Reply: 5
|
Iqram Dinzly Backup Shuk Sahar, Minta Jangan Percaya Fara Salleh - "Mohon Jangan Bulat-Bulat Percaya Apa Yang Dilontarkan"
[Copy link]
|
|
Pelakon Iqram Dinzly tampil mempertahankan pelawak sensasi, Shuk Sahar selepas isterinya, Fara Salleh meluahkan rasa kesal berkahwin suaminya itu di media sosial semalam.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Iqram berharap orang ramai tidak percaya bulat-bulat dengan kenyataan didedahkan oleh Fara yang dikatakan mencurigakan.
“Dengan rasa simpati terhadap sahabat saya, Shuk Sahar.. Mohon jangan bulat-bulat percaya apa yang dilontarkan kata-kata oleh pasangannya dengan ayat yang mencurigakan. Ya manusia tidak lari buat kesilapan. Tapi kena ingat juga hati-hati dengan wanita akhir zaman,” katanya.
Sementara itu, Iqram menyifatkan Shuk seorang yang gigih dalam mencari rezeki tanpa mengira masa dan tenaga serta rajin membantu rakan-rakan dalam perniagaan.
“Sepanjang perkenalan saya dimana saya berniaga berkongsi booth dengan Shuk Sahar saya rasa beliau berhempas pulas meniaga tanpa kira masa, kudrat, dan ringan tulang tolong sahabat-sahabtnya menjual dan mengajar teknik perniagaan.
“Saya tak katakan Shuk itu malaikat. Cuma apa yang saya boleh katakan, Shuk usaha gigih dalam membangkitkan dirinya dengan membanting tulang empat kerat,” katanya.
Dalam pada itu, Iqram turut mendoakan rumah tangga Shuk serta isterinya dalam keadaan baik serta dijauhkan daripada fitnah.
“Mohon masyarakat doakan supaya Shuk dan pasangan dikurniakan lindungan dari fitnah dajjal serta reda dan rahmat Allah mengiringi perjalanan dan perjuangan mereka dalam berpasangan,” tulisnya.
SUMBER: Rotikaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Iye Ikram. Semoga rumahtangga deol bertahan sampai ke hujung nyiawa masing2 till jannah pehtu Shuk tiap bulan pukul Farah sambil ngorat2 betine lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Yihhhh koser nak doakan dua ekor sampah dunia tu.
Bakpo?? Dua2 pe'el jahanam! Mampos lah dia 2 ekor sana. Trash. |
|
|
|
|
|
|
|
si iqram ni pun dh xreleven...aritu mcmkan gila sgt |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak ppuan ni tak malu ke ada anak mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|