|
Ibu kepada pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Azi, Siti Hafiza tampil meluahkan rasa berang apabila wujud individu yang sekali lagi menabur fitnah terhadap dirinya.
Menerusi satu hantaran Instagram Story, Hafiza berkata ada individu menuduhnya cuba untuk merampas salah seorang cucu daripada menantunya, Bella Astillah.
"Untuk orang yang kongsi fitnah dajjal menentang saya, padam perkongsian ini atau kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Tolong lapor akaun TikTok dia."
Menerusi satu hantaran berasingan, Hafiza berkongsi akaun TikTok tersebut untuk pengecaman warga maya.
"Inilah orangnya ya. Siapa yang dapat contact dia, tolong beritahu dia, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap dia."
"Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini."
Terdahulu, Bella Astillah memaklumkan dia tidak berniat memutuskan silaturahim antara anak-anak dengan keluarga bekas suami keran tidak membenarkan mereka berhubung.
Ujar Bella, sekarang waktu tidak sesuai untuk berbuat demikian dan mendakwa pihak keluarga Aliff juga sedia maklum penyebab keputusan itu dilakukan.
Sumber: Beautifulnara
|
|