View: 20844|Reply: 1
|
Remuk hati Mariah Carey terima berita duka, ibu dan kakak meninggal dunia hari sama
[Copy link]
|
|
Mariah bersyukur sempat menemani ibunya.
IBU dan kakak kepada penyanyi Mariah Carey dilaporkan meninggal dunia pada hujung minggu lalu.
Berita itu disahkan sendiri oleh Mariah yang berkongsi duka atas pemergian dua insan tersayang pada hari yang sama.
"Hati saya remuk selepas kehilangan ibu minggu lalu.
Hati Mariah remuk dengan pemergian insan tersayang.
"Lebih menyedihkan kakak saya, Alison juga meninggal dunia pada hari yang sama," katanya.
Mariah bagaimanapun tetap meluahkan rasa syukur kerana sempat meluangkan masa bersama ibu tercinta buat kali terakhir.
"Apa pun saya tetap bersyukur kerana diberikan peluang mememani ibu saya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," ujarnya
Dia bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai punca pemergian ibu dan kakaknya.
Sebelum ini, Mariah memberitahu hubungan dia dan ibunya iaitu Patricia Carey tidak begitu baik selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun, hubungan anak beranak itu kembali bertaut selepas Mariah dan Patricia tampil membuat persembahan bersama pada tahun 2010.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|