![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240828/kch-ub280824-pg-rundingan-p1.jpeg)
Awang Tengah (duduk, kanan) bersama Anwar (duduk, tiga kiri) merakam kenangan bersama delegasi Malaysia dan Brunei.
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak pada Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-25 Malaysia dan Brunei.
Menurut satu kenyataan, mesyuarat tersebut menyaksikan rombongan Kerajaan Malaysia diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hubungan diplomatik Sarawak dan Brunei, yang pada tahun ini telah mencapai 40 tahun akan terus diperkukuh melalui kerjasama dalam pelbagai bidang seperti telekomunikasi, pertanian, pelancongan dan tenaga elektrik.
Nilai perdagangan di antara Sarawak dan Brunei yang direkodkan pada tahun lalu ialah RM3.76 bilion, meningkat 23.8 peratus berbanding RM3.02 bilion pada 2022.
Turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
|