CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51779|Reply: 7

Tanah jerlus di Kampung Kerinchi bukan berpunca daripada paip IWK

[Copy link]
Post time 30-8-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd., menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi bukan berpunca daripada paip pembetungan awam IWK.


IWK menerusi satu kenyataan memaklumkan, pasukan operasi IWK telah memeriksa lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa.


“Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah televisyen litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti.


“Pihak IWK berpendapat kejadian tersebut adalah disebabkan oleh punca lain yang memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi lain yang berkaitan.


“Hasil siasatan CCTV telah dimaklumkan IWK kepada pihak DBKL,” kata kenyataan itu hari ini.


Terdahulu, dilaporkan satu lubang besar terjadi ekoran kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi pada 26 Ogos lalu.


Susulan kejadian itu, pihak DBKL telah menjalankan kerja-kerja baik pulih dan mengambil langkah awal seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon di kawasan kejadian.


Sumber – KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nya bukan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ini parah nii
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 08:18 AM | Show all posts
habis sebab ape pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini, ini, parah ini, tenang, tenang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jeng Jeng Jeng
Apakah penafian tok bandar bakal makan diri??
Harap tak le tahap mcm yg disebarkan merata alam kes lubang besar bawah tanah tu. Petaka besar besaran blh berlaku kalau gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak netizen nganjing kata bila ada tanah jerlus or mendapan panggil area tu kampung kerinchi tapi bila nak jual hartanah panggil bangsar south
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052356 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list