CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54596|Reply: 8

[Tempatan] Melaporkan Pasangan Kahwin Campur Sempena Sambutan Merdeka

[Copy link]
Post time 31-8-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Georgetown: "Di Pulau Pinang, boleh dilihat hubungan sesama masyarakat berbilang kaum yang sangat rapat dan 'lepak' bersama di kedai kopi atau di kedai makan menjadi senario biasa.

"Tidak hairanlah jika masyarakat di negeri ini, ramai yang 'berkahwin campur' dan boleh hidup dalam suasana harmoni kerana pergaulan baik sesama kaum itu sudah berlangsung sejak sekian lama."

Begitu kata Sharizan Rosli, 37, mengenai perkahwinannya dengan lelaki Cina, Kelvin Tan Shee Sheng, 37, sejak empat tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata, Isaac Rafael, berusia 21 bulan.

Malah Sharizan yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah pelabuhan di sini berkata, 'silang budaya' antara keluarga mereka tidak menjadi penghalang walaupun pada mulanya perkenalan dengan Kelvin tidak dipersetujui keluarga mentua.

Katanya, perkenalan dengan jejaka itu bermula ketika menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi namun malangnya tidak lama kemudian, mereka mengalami kemalangan dengan berlanggar sesama sendiri.

"Ketika mendapatkan rawatan di hospital, Kelvin beritahu pada keluarga bahawa dia mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian.

"Impak kemalangan itu agak teruk yang mana lebih sebulan saya 'terlantar' dirawat di rumah dan setiap hari Kelvin datang melawat serta bertanya khabar.

"Daripada kejadian itu, dia juga 'jatuh hati' dengan layanan keluarga saya kepadanya walaupun berbeza agama dan kaum sebelum kami disatukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Gelugor, di sini.

Sementara itu Kelvin berkata, pada mulanya ibu dan bapa tidak bersetuju jika dia memeluk Islam kerana menyangka 'orang Islam tidak boleh datang lihat ibu jika mati' nanti.

Namun Kelvin yang juga ahli perniagaan berkata, mereka tidak mengambil tempoh lama untuk terima disebabkan ibu bapanya juga faham mengenai budaya Melayu.

"Selepas berkahwin, saya memutuskan bagi tinggal bersama mentua seperti yang dilakukan dalam masyarakat Cina malah tidak berasa kekok berikutan sudah biasa bergaul dengan rakan Melayu.

"Saya juga ada abang yang berkahwin dengan wanita Thailand, tetapi ibu bapa lebih risau terima menantu Muslim terutama mengenai soal halal dan haram.

"Lucu juga apabila lihat ibu membeli banyak sabun samak, set pinggan mangkuk dan perkakasan dapur yang baharu kerana bimbang mengenai kesucian barangan di rumah, tetapi saya rasa terharu kerana ia menunjukkan kesungguhan mereka menghormati agama lain.

"Di situlah letaknya keunikan kawin campur, banyak lagi jika hendak diceritakan, cuma yang penting ialah saling terima budaya selagi tidak melanggar batas," katanya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 02:15 PM | Show all posts
sweet jer part ibu dia beli sabun samak yg banyak serta serta ping mangkuk periuk belanga baru ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 02:42 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 31-8-2024 07:07 PM

Mengapa X ada larangan bagi gadis melayu kawin campur dengan jantan China hingga kini ?   Bukankah  anak cucu dan keturunan dari proses oleh kawin campur  ini  yang disebut sebagai MalayChin X pernah diinginkan dan dipandang sebagai anak haram oleh  umah melayu mahawangsa sejak era empayar melaka dahulu ...

Beda betul hasilnya jika gadis  melayu kawin campur dengan Bangla atau Rohingya karena anak cucu keturunan mereka akan membentuk ras Neo Malay atau Melayu baru yang Gennya dpastikan lebih baikdan unggul daripada melayu asal ..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakkk betul lah …komen pon eja n ayat pon tunggang langgang. Sampai level x faham apa info nak disampaikn
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa dok mana ni?


"Selepas berkahwin, saya memutuskan bagi tinggal bersama mentua seperti yang dilakukan dalam masyarakat Cina malah tidak berasa kekok berikutan sudah biasa bergaul dengan rakan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 31-8-2024 02:42 PM
Mengapa X ada larangan bagi gadis melayu kawin campur dengan janan China hingga kii ?   Bukankah  an ...

benar pak..sama sepertinya indon2 ditutuh menir2  belanda..makanya lahirnya indon itu kayaknya seperti bapak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 31-8-2024 02:15 PM
sweet jer part ibu dia beli sabun samak yg banyak serta serta ping mangkuk periuk belanga baru ...

Lagi kapel campur:



Johor Bahru: "Bercakap daripada pengalaman saya yang memilih teman hidup yang berasal dari berlainan bangsa, perkahwinan campur dapat merapatkan hubungan antara masyarakat dan memupuk keharmonian," kata Darren Lai Chai, 34.

Darren berkata, keputusannya untuk mendirikan rumah tangga bersama Amirah Safiah Mohd Nasir, 34, pada 2020 memberi peluang kepadanya mengenali budaya pantai timur dengan lebih rapat berikutan isterinya berasal dari Terengganu manakala dia anak kelahiran Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Operasi Stratcoms Sdn Bhd berkata, ia sesuatu pengalaman berharga buat dirinya yang berasal daripada keluarga agak konservatif dan memiliki darah Baba Nyonya.

Menurutnya, tidak dinafikan apabila berkahwin campur, ia membuka minda untuk melihat aspek perpaduan daripada perspektif berbeza terutama meningkatkan nilai saling menghormati satu sama lain.

Katanya, dia dan isterinya mengenali satu sama lain ketika melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur pada 2008 dan pernah terputus hubungan selama lapan tahun.

"Perkahwinan ini adalah sesuatu yang ditentukan Allah dan ia menjadi sesuatu yang amat bermakna buat kami.

"Ia juga memberi peluang kepada kami berkongsi berkaitan penghayatan Hari Kemerdekaan sesama sendiri dan kami berharap cahaya mata kami, Muhammad Yusuf Iskandar Lai, 3, membesar sebagai seorang yang berjiwa patriotik.

"Bagi saya jangan tinggalkan bahasa ibunda masing-masing walaupun berkahwin campur dan jika boleh, turunkanlah ia kepada anak-anak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 10:36 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 1-9-2024 05:19 PM
Skuau replied at 31-8-2024 03:22 PM
benar pak..sama sepertinya indon2 ditutuh menir2  belanda..makanya lahirnya indon itu kayaknya sep ...

Saya dengar berita ternyata anak perempuan PMX Imam Mahdi Nurul Izza Anwar juga kawin denga jantan berbangsa china malaysia?
  
Mengapa anda dan orang melayu anti china X ada yang protes perbuatan khianat  dan melawan akal sehat itu oleh Nurul Izza itu ? ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 31-8-2024 02:42 PM
Mengapa X ada larangan bagi gadis melayu kawin campur dengan jantan China hingga kini ?   Bukankah   ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053011 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list