View: 10312|Reply: 16
|
[Dunia]
Meletakkan Ganja Dalam Kereta Isteri Untuk Aniaya
[Copy link]
|
|
Singapura: Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara hampir empat tahun selepas cuba mengenakan isterinya dengan meletakkan ganja di dalam kereta wanita itu kerana mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan pasangannya itu dihukum mati.
Tan Xianglong, 37, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun 10 bulan oleh mahkamah daerah pada Khamis lalu, menurut dokumen mahkamah.
Pasangan itu berpisah kurang daripada dua tahun selepas memohon cerai tetapi gagal mendapatkan perceraian itu serta-merta kerana tempoh perkahwinan mereka yang singkat, kata dokumen itu.
Tan memarahi isterinya kerana beranggapan isterinya tidak memberikan sumbangan kewangan yang mencukupi untuk perkahwinan itu.
Dia berunding dengan peguam dan "muncul dengan idea perceraian boleh berlaku jika salah satu pihak mempunyai rekod jenayah", kata dokumen itu.
Lelaki itu pada mulanya mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mengumpul bukti isterinya melakukan hubungan dengan lelaki lain, tetapi tiada bukti mengenainya ditemukan.
Ia mendorong Tan membuat rancangan untuk mengenakan isterinya dengan meletakkan ganja di dalam kereta wanita.
Dia menyifatkannya kepada teman wanitanya sebagai rancangan yang sempurna.
Tan membeli dadah itu di pasaran gelap dan menimbangnya di rumah, mendapati ia seberat 510 gram (g) - melebihi nilai ambang 500 g untuk hukuman mati di Singapura.
"Daripada penyelidikannya dalam talian, dia tahu pihak terbabit (isterinya) akan berdepan hukuman mati, jika disabit kesalahan mengedar lebih 500 g ganja," kata dokumen mahkamah.
Menurut dokumen sama, Tan memutuskan untuk meneruskan rancangannya kerana sangat marah dengan isterinya.
Bagaimanapun, analisis makmal terhadap dadah itu menunjukkan ia hanya mengandungi 216.17 g ganja tulen.
Isteri Tan ditahan selepas polis menemukan dadah di dalam keretanya, tetapi mereka tidak menemukan bukti lain yang menunjukkan wanita terbabit bersalah.
Polis kemudian menyiasat Tan, yang kemudiannya membawa kepada penahanan lelaki itu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sial hidup klu dpt jantan busuk hati mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Senjata mkn tuan..mendapatlah kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi...hahahaha
Sundiri terkena
Lawak betul cite
Kau ingat kau dalam cite korea kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang simpati pada isterinya yg tersalah kawin ngan setan camni... |
|
|
|
|
|
|
|
ganja, ganja, ganja, candu, candu, candu, beli ganja tuan
belacan apa kau beli ni marjina, bau hapak lah, itu belacan pulau pinang puan |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya, 4 tahun sangat singkat sebab niat membunuh. Kalau bini dijatuhkan hukuman dadah tentu hukuman lebih panjang. Nasib polis dapat tau. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka ko, jahat sangat la hati tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dpt la cerai cepat sbb dia sendiri dah ada rekod jenayah.
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ganja sekarang dah ada unsur scammer.
Penagih pun dah tak selamat..asyik kena scam je.
50% dah campur dgn taik lembu |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-9-2024 11:45 AM
Macam la polis bodoh sangat kan.
Perfect crime konon. Ambik kau backfired perfectly. Kesian ...
Kulom kote satu kesalahan dalam Undang Undang Singapore tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketakutan terbesar org pompuan ialah TERsalah pilih suami
So takyah la kecam andartu single..bleh jadi laki kamu tu yg akan tamatkan riwayat nyawa hidup kamu |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 1-9-2024 05:40 AM
Kulom kote satu kesalahan dalam Undang Undang Singapore tak.
Tak pasti. Ho. |
|
|
|
|
|
|
|
Tergelak aku baca tt punya title.. tt baru convert bangsa melayu ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|