View: 9498|Reply: 13
|
[Jenayah]
Dianggap Sebagai Gila Talak, Mengucapkan Tahniah Untuk Hari Kemerdekaan Malaysia!
[Copy link]
|
|
Cinta bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon masih ada untuk Malaysia dimana beliau mengucapkan selamat Hari Merdeka yang disambut oleh negara ini pada 31 Ogos lalu.
Menerusi laman media sosial miliknya, Pan-gon memuat naik gambar yang terdapat bendera Malaysia sambil menulis selamat menyambut Hari Merdeka untuk Malaysia.
“Malaysia yang indah, tahniah untuk hari kemerdekaan,” tulis Pan-gon.
Walaupun dianggap sebagai orang gila talak oleh presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin, namun cinta dan kasih sayang Kim Pan-gon untuk bekas pasukan asuhannya tidak pudar.
Baru-baru ini, Hamidin mendedahkan kisah sebenar versi beliau mengenai situasi Pan-gon ketika pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan pasukan negara dan kembali ke negaranya.
“Mulanya saya minta beliau bertahan sehingga kontrak habis. Keesokan harinya beliau jumpa saya lagi, minta lagi macam ‘orang gila talak’ dan saya kata padanya tunggu sehingga hujung tahun ini pula.
“Tapi hari ketiga, hari sebelum saya pergi ke Mallorca (untuk meninjau persiapan atlet negara untuk Sukan Olimpik), beliau merayu untuk saya lepaskan juga.
“Akhirnya saya bersetuju. Saya tahu keputusan saya itu akan membuatkan peminat marah kepada FAM, tapu ini kebenaran yang peminat perlu tahu.
“Saya kecewa kerana FAM jadi mangsa sedangkan apa yang dilakukan Pan-gon memang tak profesional. Beliau tak cerita hal sebenar rupanya nak pergi ke Ulsan Hyundai tapi beri alasan mengenai keluarga,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak apalah dia dah pergi, mungkin cara dia pergi ada masalah ttp datang dan pergi ni perkara biasa berlaku dimanamana... ucapan itu mungkin tandanya masih teringatkan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah. Daripada dia doakan kita mati telan dek bumi. Dia cakap elok elok je kannnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Kl aku sbg jurulatih kena sembah dkt tokong minta kebenaran guna pemain sekian2 sblm games, aku malas nak kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Kim Pan Gon gila talak, Malaysia gila dipuji. Padanlah. |
|
|
|
|
|
|
|
orang tu ucap hari merdeka pun masalah kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Org ucap baik2 pun nak ajak gaduh
Mcm budak bodoh je perangai |
|
|
|
|
|
|
|
normal je org nk wish camtu.. takkan selamanya org tu x betul/bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
Org tu punya baik bg ucapan straighforward xde perli2, dia pi ungkit benda xde kaitan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku perati je tajuk didiandfren ni. Memang taraf tak belajar sekolah. Semua tajuk cam hanat |
|
|
|
|
|
|
| |
|