CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17926|Reply: 19

Paralimpik Paris: Jaguh lontar peluru para negara, Ziyad sumbang pingat perak

[Copy link]
Post time 4-9-2024 08:26 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk menebus kekecewaan di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu tidak tertunai apabila meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Paris 2024.


Pada aksi final acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) yang berlangsung di Stade de France sebentar tadi, pemegang rekod Asia itu melakukan catatan terbaik menerusi percubaan ketiga dengan lontaran sejauh 17.18 meter (m).


Catatan itu bagaimanapun dianggap masih jauh dengan rekod Asia 17.43m yang dilakukan Ziyad ketika dia memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun Mei lalu.


Dalam pada itu, pingat emas menjadi milik atlet Ukraine, Oleksandr Yarovyi yang memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali menerusi catatan 17.61m manakala gangsa menjadi milik rakan sepasukannya, Maksym Koval (16.99m).


Pada edisi 2020 di Tokyo, Ziyad terlepas peluang meraih pingat apabila penyertaannya dibatalkan meskipun catatan 17.94m dilakukan sepatutnya melayakkan dia untuk merangkul emas dan memecahkan rekod dunia.


Ia gara-gara kelewatan atlet berusia 34 tahun itu untuk melaporkan diri di bilik menunggu seperti yang ditetapkan, sekali gus memaksa kem Ukraine melakukan protes sehingga menyaksikan pingat emas Ziyad ditarik balik.




Sebagai rekod, Paralimpik Paris merupakan penampilan keempatnya di temasya sukan terbesar dunia itu dengan meraih satu pingat emas pada edisi Rio 2016, satu perak (Paris 2024) dan satu gangsa (London 2012).


Sementara itu, dalam aksi berasingan, atlet lompat jauh negara, Muhammad Nazmi Nasri menamatkan pusingan akhir saingan T37 (kecacatan fizikal) di kedudukan kelima dengan lompatan terbaik 6.00m.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 08:49 AM | Show all posts
woaa tahniahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:04 AM | Show all posts
wowowwwwwww tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:08 AM | Show all posts
Tahniah. Bole fokus next RTG LA
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
terbaik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2024 09:15 AM | Show all posts
Tahniah Ziyad . Lepas kejadian pahit kat Para Tokyo, dapat jua tebus balik walaupun nampak Ziyad kecewa tak dapat gold. It's okay, dah merasa menang semua medal pun kat paralimpik . Dari bronze, gold and now silver. Next LA
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:18 AM | Show all posts
Lari 400m (nombor 4) & lompat jauh (nombor 5) semalam pun not bad sangat especially dedua atlit 1st timer kat Paralimpik. Boleh fokus untuk LA dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...tahniah. rezeki. Walau oku tapi smng sgt kuat..kelebihan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.... yeayyyyyy!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dpt emas hr tu dapat 1 juta +pencen 5k seumur hidup. Askar polis yg keje berpuluh tahun pun belum tentu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 4-9-2024 09:15 AM
Tahniah Ziyad . Lepas kejadian pahit kat Para Tokyo, dapat jua tebus balik walaupun nampak  ...

Tokyo sblm ni dia dh dapat emas kan? Tp di tarik balik kan aku lupa dah kes dia tu tp sakitnyaa tu disini laaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Ziyad!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 02:56 PM | Show all posts
tahniah diucapkan kepada Ziyad
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 4-9-2024 02:42 PM
Tokyo sblm ni dia dh dapat emas kan? Tp di tarik balik kan aku lupa dah kes dia tu tp sakitnyaa tu ...

"Pada edisi 2020 di Tokyo, Ziyad terlepas peluang meraih pingat apabila penyertaannya dibatalkan meskipun catatan 17.94m dilakukan sepatutnya melayakkan dia untuk merangkul emas dan memecahkan rekod dunia.


Ia gara-gara kelewatan atlet berusia 34 tahun itu untuk melaporkan diri di bilik menunggu seperti yang ditetapkan, "
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasrat tak tertunai tp dapat perak ehh susah lah nak faham
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:51 PM | Show all posts
tahniahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ziyad
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Ziyad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.867408 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list