CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7115|Reply: 4

[Tempatan] Pembinaan Kilang Intel Pulau Pinang Ditangguh dan 2000 Kakitangan Dibuang Kerja

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode


Intel sedang melakukan penstrukturan semula syarikat dengan baru-baru ini 15,000 pekerja telah dibuang. Kedengaran ura-ura tindakan Intel ini akan turut memberikan impak kepada operasi mereka di Malaysia. Hari ini The Star melaporkan Intel telah menangguhkan sementara pembinaan kilang pempakejan dan ujian mereka di Pulau Pinang serta akan melakukan pengurangan tenaga kerja. Pembinaan kilang ini ialah sebahagian daripada pelaburan $30 bilion yang diumumkan Intel pada tahun 2021 semasa CEO syarikat Pat Gelsinger melakukan lawatan ke Malaysia. Ia pada asalnya dijangka memulakan operasi pada penghujung tahun ini. Dalam laporan yang sama, lebih 2000 kakitangan Intel Malaysia akan dibuang kerja bersamaan dengan pengurangan 15% tenaga kerja tempatan.
Syarikat gergasi semikonduktor dunia ini sedang mengalami kerugian yang menyebabkan langkah pengurangan kos yang drastik perlu diambil. Antara langkah lain yang mungkin diambil Intel ialah menjual perniagaan fabrikasi cip mereka kepada TSMC dan pembinaan kilang di Jerman bernilai $32 bilion akan dibatalkan. Gelsinger dipercayai akan membentangkan perancangan beliau kepada lembaga pengarah Intel pada pertengahan bulan nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 01:27 PM | Show all posts

Sebab barang US tak boleh jual di China.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Intel inside
Idiot outside

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dh buka....skali...semua bangla keja kt situ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitulahnya di bawah zaman kegemilangan ekonomi pemimpinan bekas menteri keweangan terbalik asia (asiaweek 1995)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037983 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list