CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21763|Reply: 0

[Sarawak] Cabaran besar buat sekolah rendah DUN Layar lahir pelajar cemerlang isi kuota YSISS

[Copy link]
Post time 5-9-2024 02:02 PM | Show all posts |Read mode


Dr Annuar menghadiri majlis Townhall Pendidikan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar dengan kerjasama SMK St Augustine Betong.

BETONG : Cabaran besar buat sekolah rendah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berkelayakan bagi mengisi kuota kemasukan ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) yang bakal dibina di Betong.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi), Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata ini adalah sesuatu yang harus menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan komuniti setempat untuk mengatasi cabaran tersebut.

Tambahnya, pelbagai perancangan telah disusun oleh Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan bagi memastikan hala tuju negeri pada masa hadapan yang lebih baik sekali gus merealisasikan impian melaksanakan pendidikan percuma 2026.

"Langkah yang lebih praktikal telah dirangka bagi menggalakkan generasi muda menimba ilmu dengan lebih mudah apabila kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan termasuk memberi kemudahan pendidikan tanpa bayaran.

"Kerajaan Sarawak menekankan pentingnya bidang berasaskan sains dan teknikal bagi menjana pendapatan Sarawak pada jangka masa panjang.

"Justeru, menerusi pendidikan percuma ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan bidang sains dan teknikal yang menjadi keperluan Sarawak untuk mencapai negeri maju menjelang 2030.

"YSISS yang telah dibuka di Petrajaya Kuching, Batu12 Jalan Kuching-Serian(beroperasi 2024/2025), Sibu (dalam pembinaan) seterusnya dalam perancangan untuk dibina di Bintulu dan Miri. Kerajaan juga merancang untuk membina YSISS di Betong bagi memberi kemudahan kepada rakyat di sini.

"Sekolah Antarabangsa yang mengguna pakai kurikulum Cambridge IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Townhall Pendidikan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar (LEDC) dengan kerjasama SMK St Augustine Betong yang berlangsung di Dewan Tan Sri Alfred Jabu SMK St Augustine Betong, baru-baru ini.

Dr Annuar yang juga ADUN Nangka menambah, beliau turut merasa kagum dengan perancangan LEDC yang menginspirasi banyak kemudahan kepada pelajar di DUN Layar serta kejayaan program termasuk memberi sumbangan peranti percuma serta bantuan pendidikan kepada pelajar.

"Sebetulnya saya amat cemburu dengan perancangan yang telah disusun oleh ADUN Layar khasnya dan LEDC amnya yang menitikberatkan soal keperluan pendidikan kepada rakyat di sini.

"Oleh itu, perancangan untuk membina sekolah antarabangsa di Betong adalah peluang terbaik kepada masyarakat di sini untuk bersaing merebut kuota yang ditawarkan bagi mengisi peluang yang ada,"ujarnya.


Dr Annuar menerima cenderahati kenangan daripada Gerald.

Bertemakan "Memperkasakan Generasi Akan Datang Sarawak Untuk Menjadi Generasi Sedia Masa Hadapan: Untuk memupuk kecemerlangan dalam pendidikan STEM dan seterusnya", LEDC berjaya menganjurkan program memberi manfaat kepada semua pihak.

Program yang bermatlamat untuk menyediakan platform bagi berkongsi maklumat mengenai peluang pendidikan dan pekerjaan.

Di samping itu, ia membantu pelajar dan ibu bapa memahami proses dan keperluan untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat tertinggi selain memberikan maklumat mengenai bantuan kewangan dan sokongan yang tersedia untuk pelajar.

Dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan dalam mencapai kerjaya yang cemerlang.

Seramai empat panel jemputan yang terdiri daripada Datuk Dr Annuar Rapa'ee, Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu, Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah Mohd Sabu dan Ketua Keupayaan Industri Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Abdul Azid Allan.

Program yang turut dikendalikan dengan jayanya oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK St Augustine Betong Fr Cikgu Aleksey Aman selaku moderator program.

Dalam majlis itu juga disampaikan sumbangan tablet (Honor) untuk pelajar Tingkatan 4 daripada empat buah sekolah menengah iaitu SMK St Augustine Betong, SMK Ulu Layar Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit Betong dan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Betong.

Sejumlah 426 buah peranti yang disumbangkan oleh LEDC kepada pelajar sekolah terbabit.

Turut disampaikan Bantuan Dana Sekolah Mubaligh di Sarawak bagi tahun 2024 berjumlah RM740,000 kepada masing-masing SMK St Augustine Betong dan empat buah sekolah rendah SK St Augustine Betong, SK St Bartholomew Betong, SK St Peter & St Paul Betong dan SK St Mark Betong.

Hadir sama Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abu Nawas, Pengerusi LEDC, Paul Langgang, Pengurus Pelangi Publishing Group, Sum Lih Kang, Honor Malaysia, Jack Lim dan CEO Tegas, Hj Udin Bujang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 1.981928 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list