Poster pertandingan Kejohanan Tinju 1 Divisyen 2024.
KUCHING: Petinju di bawah formasi naungan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) perlu merebut peluang untuk berentap pada Kejohanan Tinju 1 Divisyen 2024 yang akan membuka tirai pada 8 September ini.
Ia akan berlangsung selama enam hari iaitu bermula 8 hingga 13 September dan akan diadakan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.
Kejohanan kali ini terbahagi kepada dua kategori pegawai dan 12 kategori terbuka.
Bagi kategori pegawai, ia melibatkan berat bawah 67kg (50-67kg) dan atas 67kg (68-80kg).
Sementara itu, bagi kategori terbuka pula melibatkan kategori minimum (46-48kg), fly (49-51kg), bantam (52-54kg), feather (55-57kg), light (58-60kg), light welter (61-63.5kg), welter (64-67kg) dan light middle (68-71kg).
Selain itu ialah kategori middle (72-75kg), light heavy (76-80kg), cruiser (81-86kg) dan heavy (87-92kg).
Pada masa yang sama, kejohanan itu turut menampilkan persembahan muay thai oleh Kelab Rentap dan Kelab Phoenix Meranek.
Turut memeriahkan acara ialah pelbagai aneka gerai jualan yang akan disediakan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
|