CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34200|Reply: 6

[Tempatan] Pemuda maut jerut leher sendiri selepas bertengkar dengan isteri

[Copy link]
Post time 6-9-2024 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Pemuda maut jerut leher sendiri selepas bertengkar dengan isteri
Oleh Nur Izzati Mohamad - September 6, 2024 @ 8:33am
[email protected]


Seorang lelaki warga asing tanpa identiti ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di tapak letak kenderaan terpakai di Bagan Ajam, Butterworth. - Foto pembaca

BUTTERWORTH: Tertekan selepas bergaduh dengan isteri dipercayai punca seorang lelaki warga asing menjerut leher dan badannya dengan tali pinggang keledar kereta sehingga maut.

Lelaki berusia 19 tahun ditemukan jam 2 petang di tapak letak kenderaan terpakai di Bagan Ajam, petang kelmarin dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman mengesahkan kejadian dan siasatan di lokasi menunjukkan tiada unsur jenayah.

"Bedah siasat semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan jerutan pada leher.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook (FB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, hari ini.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, mangsa bertindak sedemikian dipercayai menghadapi tekanan perasaan.

"Berdasarkan soal siasat terhadap majikan dan rakan sekerja memberitahu si mati mempunyai masalah dengan isterinya.

"Si mati dikatakan baru datang dari Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah kedai cuci kereta tiga hari sebelumnya," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini rare kes. Jerut leher sendiri. Yg biasa baca, jantan tak guna jerut leher bini dan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 09:53 AM | Show all posts
camne dia kuat jerut leher sendiri ek? sbb biasanya org lain yg jerut atau gantung diri sendiri supaya graviti yg tarik badannya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ya allah gaduh apa dgn bini smp mcm tu skali tindakannya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:03 AM | Show all posts
kereta sapa la dia masuk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:09 AM | Show all posts
dia sangkut tali tu kat mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak adapt dengan tempat baru, tempat kerja baru, bergaduh plak dengan bini. Stress melampau sampai nekad jerut diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045589 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list