CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3295|Reply: 0

[Sarawak] RM100 juta naik taraf kuarters kakitangan kesihatan di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-9-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke- 64 Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak di Kuching, malam Khamis. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menaik taraf kuarters kakitangan kesihatan di negeri ini, khususnya di kawasan pedalaman.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata peruntukan itu berbentuk pinjaman sementara sebelum kerajaan persekutuan membayar balik jumlah tersebut.

Menurut beliau, langkah ini diambil bagi memastikan doktor dan jururawat yang bertugas di klinik-klinik pedalaman mempunyai tempat tinggal yang selesa, selain kemudahan klinik itu sendiri.

"Timbalan Menteri Kesihatan memaklumkan kepada saya bahawa klinik telah dibina di kawasan pedalaman, namun petugas kesihatan memerlukan tempat tinggal yang baik.

"Oleh itu, kami bersetuju untuk meminjamkan RM100 juta tahun ini kepada pusat perubatan bagi membina kuarters tersebut," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64 Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak di sini, malam Khamis.

Abang Johari menambah, inisiatif itu akan diteruskan selagi kerajaan mampu menyediakan fasiliti terbaik bagi masyarakat luar bandar.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan pelaksanaan Pautan Digital Hospital di negeri ini.

Beliau berkata, inisiatif itu bagi membolehkan semua hospital di negeri ini saling berhubung melalui satu aplikasi digital.

"Ini bermakna jika seseorang pergi ke Hospital Umum (Sarawak) Kuching, rekod mereka sudah ada, contohnya jika pesakit berasal dari Sibu, Hospital Sibu boleh mengakses rekod mereka terus melalui aplikasi ini.

"Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian jumpa saya dan telah berbincang dengan pengarah mengenai pautan digital ini, saya tanya berapa jumlah diperlukan, dan jawapannya ialah RM10 juta untuk membangunkan aplikasi ini.

"Jadi minggu lepas, kita telah meluluskan peruntukan tersebut," tambahnya.

Katanya, dengan pelaksanaan sistem ini, rekod perubatan pesakit dari mana-mana hospital akan dapat diakses secara terus oleh hospital-hospital lain di Sarawak.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif digitalisasi perkhidmatan awam di Sarawak yang akan meningkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan kesihatan, khususnya di kawasan pedalaman.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni, Presiden MMA Dr Azizan Aziz, Naib Canselor UNIMAS Prof Dr Ahmad Hata Rasit, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah dan Pengerusi MMA Cawangan Sarawak Dr Liew Shan Fap.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.340658 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list